Pertubuhan ini hendaklah dipanggil Barisan Nasional Malaysia (yang selepas ini dirujuk sebagai “Barisan Nasional”)
Pertubuhan ini pada dasarnya bersifat Persatuan parti-parti politik yang mendokong tujuan-tujuan Barisan Nasional.
Sebagaimana yang terpakai dalam Perlembagaan ini :-
Barisan Nasional hendaklah ditadbirkan:
Tujuan-tujuan Barisan Nasional adalah seperti berikut:-
6.1 Ahli-ahli Barisan Nasional terdiri daripada 3 jenis:
6.2 Parti Anggota terdiri daripada:-
6.3 Ahli Bergabung adalah mana-mana pertubuhan, pertubuhan politik, kelab, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan telah dipersetujui oleh Dewan Tertinggi supaya diterima menjadi ahli Barisan Nasional.
6.4 Ahli Bersekutu ialah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas, bukan ahli berdaftar kepada mana-mana parti politik dan telah berdaftar keahliannya dengan Ibu Pejabat Barisan Nasional.
7.1 Setiap Parti Anggota mempunyai hak sepenuhnya untuk menghadiri, member pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat Dewan Tertinggi, Jawatankuasa Penyelaras Negeri atau Jawatankuasa Penyelaras Bahagian masing-masing.
7.2 Tertakluk kepada kelulusan Dewan Tertinggi, setiap Ahli Bergabung berhak:
7.3 Setiap Ahli Bersekutu berhak menghadiri dan memberi pendapat di konvensyen Barisan Nasional dan mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang ditentukan oleh Dewan Tertinggi.
7.4 Dewan Tertinggi Barisan Nasional berkuasa penuh untuk membuat sebarang keputusan berkenaan hak-hak keanggotaan / keahlian yang selanjutnya dan keputusannya adalah muktamad.
8.1 Dewan Tertinggi
Segala urusan Barisan Nasional hendaklah ditadbirkan oleh Dewan Tertinggi yang berfungsi sebagai badan tertinggi Barisan Nasional. Dewan Tertinggi mengandungi:-
8.2 Pegawai-pegawai
Pegawai-pegawai Barisan Nasional hendaklah terdiri daripada:-
8.3 Tugas Pegawai-pegawai Barisan Nasional
A. Pengerusi
Pengerusi Barisan Nasional yang juga akan menjadi Pengerusi Dewan Tertinggi, hendaklah dipilih oleh anggota-anggota Dewan Tertinggi. Pengerusi boleh memegang jawatannya selagi dikehendaki oleh Dewan Tertinggi.
Sekiranya Pengerusi meletakkan jawatannya, perletakan jawatan itu hendaklah berjalan kuatkuasanya selepas mendapat kelulusan Dewan Tertinggi yang akan memilih dengan secepat mungkin seorang Pengerusi baru.
Pengerusi mempunyai kuasa memanggil mesyuarat untuk mana-mana Penyelaras Negeri atau Bahagian.
B. Timbalan Pengerusi
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, yang juga akan menjadi Timbalan Pengerusi Dewan Tertinggi, hendaklah dipilih oleh anggota-anggota Dewan Tertinggi.
Timbalan Pengerusi boleh memegang jawatannya selagi dikehendaki oleh Dewan Tertinggi.
Sekiranya Timbalan Pengerusi meletakkan jawatannya, perletakkan jawatan itu hendaklah berjalan kuatkuasanya selepas mendapat kelulusan Dewan Tertinggi yang akan memilih secepat mungkin seorang Timbalan Pengerusi baru.
Timbalan Pengerusi akan menjalankan kuasa dan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi di dalam negeri dan / atau ketidakhadirannya di dalam mesyuarat-mesyuarat.
C. Timbalan Pengerusi
Setiap Parti Anggota hendaklah melantik salah seorang dari tiga orang wakilnya itu menjadi Naib Pengerusi Dewan Tertinggi.
Semasa Ketiadaan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi, seorang Pemangku Pengerusi hendaklah dipilih dari kalangan Naib-Naib Pengerusi dengan persetujuan Dewan Tertinggi untuk menjalankan tugas-tugas Pengerusi.
Semasa menjalankan tugas-tugas Pengerusi, Pemangku Pengerusi mempunyai kuasa penuh sebagai Pengerusi.
Tugas-tugas Naib-Naib Pengerusi pada umumnya adalah untuk membantu Pengerusi dalam menyempurnakan tugas-tugasnya disamping mengetuai wakil-wakil parti masing-masing, dan juga untuk memelihara kepentingan parti yang mereka wakili dan untuk menentukan bahawa parti yang mereka wakili itu tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Barisan Nasional atau dasar-dasar yang ditetapkan oleh Dewan Tertinggi.
D. Setiausaha Agung
Setiausaha Agung hendaklah dilantik oleh Pengerusi setelah berunding dengan Dewan Tertinggi untuk memegang jawatan selama dua tahun bagi sesuatu perlantikan dan beliau bertanggungjawab ke atas pentadbiran Barisan Nasional.
E. Bendahari Agung
Bendahari Agung hendaklah dilantik oleh Pengerusi setelah berunding dengan Dewan Tertinggi untuk memegang jawatan selama dua tahun bagi sesuatu perlantikan dan beliau bertanggungjawab ke atas hal ehwal kewangan Barisan Nasional.
F. Pegawai Awam
Pegawai Awam hendaklah dilantik oleh Pengerusi untuk memang jawatan selama dua tahun bagi sesuatu perlantikan dan beliau adalah seorang pegawai yang akan mendakwa atau didakwa atas nama Barisan Nasional. Pegawai tersebut tidaklah semestinya terdiri dari seorang Ahli Dewan Tertinggi.
8.4 Tugas, kuasa dan tanggungjawab Dewan Tertinggi
Tugas, kuasa dan tanggungjawab Dewan Tertinggi adalah seperti berikut:
Parti-parti Anggota berhak mengalih-gantikan wakil atau wakil-wakil mereka dalam Dewan Tertinggi, atau anggota dalam mana-mana jua jawatankuasa-jawatankuasa dengan cara bersurat kepada Setiausaha Agung dan penggantian itu berjalan kuatkuasanya mulai dari tarikh surat itu disampaikan.
Pemberitahuan mesyuarat Dewan Tertinggi dan agenda-agendanya hendaklah dibuat sekurang-kurannya emat belas (14) hari sebelum mesyuarat itu diadakan, melainkan mesyuarat-mesyuarat tergempar yang boleh diadakan dalam tempoh yang lebih singkat sebagimana yang diarahkan oleh Pengerusi.
Koram mesyuarat Dewan Tertinggi hendaklah dengan kehadiran majority Parti-parti Anggota.
Mesyuarat Dewan Tertinggi hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun atas arahan Pengerusi atau Pemangku Pengerusi. Salah satu dari mesyuarat tersebut bolehlah dianggap sebagai Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi dengan syarat ianya sebelum 30 Jun tiap-tiap tahun.
Mesyuarat Khas Dewan Tertinggi boleh diadakan atas permintaan bertulis dari sekurang-kurangnya satu pertiga dari jumlah Parti-parti Anggota.
Setiausaha Agung hendaklah memanggil mesyuarat itu dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh penerimaan permintaan itu.
Keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi hendaklah dengan sebulat suara; melainkan keputusan-keputusan yang dibuat di bawah Fasal-fasal 15 dan 22 sahaja yang boleh dibuat dengan suara majoriti, di mana setiap Parti Anggota masing-masing mempunyai satu (1) undi.
Mana-mana Parti Anggota, oleh sebab-sebab yang munasabah, tidak dapat hadir dalam mana-mana mesyuarat Dewan Tertinggi, berhak memohon penangguhan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat itu, dan dalam hal yang demikian, Dewan Tertinggi hendaklah mengadakan satu lagi mesyuarat secepat mungkin untuk membincangkan semula perkara yang sama.
Dewan Tertinggi mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib, menggantung atau memecat mana-mana Parti Anggota yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan Barisan Nasional.
Lambang, lencana dan bendera Barisan Nasional adalah dacing yang berwarna putih dan belatar-belangkan warna nilakandi. Walaubagaimanapun, Parti Anggota bolehlah menggunakan lambang, lencana dan bendera masing-masing jika difikirkan perlu.
17.1 Punca Pendapatan
Punca pendapatan Barisan Nasional adalah dari sumbangan Parti-parti Anggota dan juga sumbangan lain.
17.2 Kuasa membelanjakan wang
Kuasa membelanjakan wang Barisan Nasional adalah terletak pada Pengerusi.
17.3 Kira-kira
Bendahari Agung akan menyimpan kira-kira pendapatan dan perbelanjaan dan menyediakan Penyata Kira-kira berakhir pada 31hb Disember setiap tahun, yang mana setelah diaudit hendaklah dikemukakan kepada Dewan Tertinggi di dalam Mesyuarat Agung Tahunannya untuk disahkan.
17.4 Pemeriksa Kira-kira
Dewan Tertinggi hendaklah melantik pemeriksa kira-kira untuk mengaudit buku kira-kira Barisan Nasional.
Pindaan atau tambahan kepada Perlembagaan hanya dapat dibuat di dalam mesyuarat Dewan Tertinggi, dan pindaan atau tambahan itu akan berjalan kuatkuasanya setelah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Sekiranya sebarang Parti Anggota menarik diri dari Barisan Nasional, atau wakil/wakil-wakilnya menarik diri dari partinya sendiri, maka parti atau wakil/wakil-wakilnya atau wakil/wakil-wakil itu dengan sendirinya berhenti dari menjadi anggota Dewan Tertinggi atau lain-lain jawatankuasa dan parti atau wakil/wakil-wakil ini dikehendaki menyerahkan balik kepada Setiausaha Agung segala surat-surat yang pernah diterima oleh parti atau wakil/wakil-wakil itu dari Pengerusi, Setiausaha Agung atau Bendahari Agung semasa mereka memegang jawatan.
Satu akujanji secara bertulis mengenai penyerahan balik semua surat-surat ini kepada Setiausaha Agung hendaklah diberi oleh setiap anggota Dewan Tertinggi yang berkenaan atau anggota mana-mana jawatankuasa yang telah dipilih atau dilantik untuk memegang jawatan tersebut.
Adalah menjadi kewajipan kepada setiap Parti Anggota, Dewan Tertinggi dan/atau lain-lain jawatankuasa untuk memberitahu dengan cara bertulis kepada Setiausaha Agung tentang sebarang pertukaran alamatnya.
Barisan Nasional tidak akan bertanggungjawab di atas ketidaksampaian surat-surat, pemberitahuan-pemberitahuan, dan sebagainya yang disebabkan oleh pertukaran alamat.
Semua pemberitahuan-pemberitahuan, surat-surat dan sebagainya yang dikirimkan mengikut alamat terakhir yang diketahui adalah disifatkan sebagai telah diterima oleh penerima-penerima yang ditujukan.
Ibu pejabat Barisan Nasional terletak di suite 1 & 2, Tingkat 8, Menara Dato’ Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur ataupun di mana-mana jua yang ditetapkan oleh Tertinggi dan diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Ibu Pejabat tersebut hendaklah dinamakan “Ibu Pejabat Barisan Nasional, Malaysia”.
Jika timbul sebarang kekeliruan tentang pentafsiran, susunan dan pengertian mengenai mana-mana peruntukan di dalam fasal Perlembagaan ini atau mana-mana peraturan dan perintah tetapnya, maka tafsiran, susunan dan pengertian mengenai fasal itu yang dibuat dengan suara majority anggota Dewan Tertinggi adalah terpakai dan muktamad.
23.1 Jawatankuasa Penyelaras Negeri Barisan Nasional hendaklah terdiri dari seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dan tiga (3) orang wakil dari tiap-tiap Parti Anggota termasuk Naib Pengerusi, satu orang wakil Pemuda bagi mewakili kesemua Pergerakan-pergerakan pemuda dari setiap Parti Anggota yang dilantik oleh Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Peringkat Negeri, dan satu orang wakil Wanita bagi memwakili kesemua Pergerakan-pergerakan Wanita dari setiap Parti Anggota yang dilantik oleh Jawatankuasa Pergerakan Wanita Barisan Nasional Peringkat Negeri.
23.2 Tugas pegawai-pegawai dalam Jawatankuasa Penyelaras Negeri adalah seperti berikut:-
A. Pengerusi
Pengerusi jawatankuasa Penyelaras Negeri hendaklah dilantik oleh Pengerusi Dewan Tertinggi dengan persetujuan Dewan Tertinggi kecuali mana-mana negeri yang ada mempunyai parti gabungan atau perikatannya sendiri maka perlantikan Pengerusi hendaklah dibuat setelah berunding dengan Pengerusi gabungan atau perikatan di negeri tersebut lebih dahulu. Pengerusi boleh memegang jawatannya selagi dikehendaki oleh Pengerusi Dewan Tertinggi dan dia hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Negeri.
B. Naib Pengerusi
Setiap Parti Anggota hendaklah melantik salah seorang dari tiga orang wakilnya itu sebagai Naib Pengerusi dalam Jawatankuasa Penyelaras Negeri Barisan Nasional. Naib-naib Pengerusi itu boleh memegang jawatan mereka selagi dikehendaki oleh parti yang mereka wakili. Semasa ketiadaan Pengerusi, seorang Pemangku Pengerusi hendaklah dipilih dari kalangan Naib-Naib Pengerusi. Semasa menjalankan tugas-tugas Pengerusi, pemangku pengerusi mempunyai kuasa penuh sebagai Pengerusi.
C. Setiausaha
Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Negeri dengan persetujuan Jawatankuasa Penyelaras Negeri untuk memegang jawatan selama dua (2) tahun bagi sesuatu perlantikan dan beliau bertanggungjawab ke atas pentadbiran Jawatankuasa Penyelaras Negeri.
D. Bendahari
Bendahari hendaklah dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Negeri dengan persetujuan Jawatankuasa Penyelaras Negeri untuk memegang jawatan selama dua (2) tahun bagi sesuatu perlantikan dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal kewangan Jawatankuasa Penyelaras Negeri.
23.3 Tugas, kuasa dan tanggungjawab Jawatankuasa Penyelaras Negeri adalah seperti berikut:-
24.1 Jawatankuasa Penyelaras Bahagian Barisan Nasional hendaklah mengandungi tiga orang wakil dari tiap-tiap Parti Anggota dan juga satu orang wakil Pemuda bagi mewakili kesemua Pergerakan-Pergerakan Pemuda Barisan Nasional peringkat Bahagian, satu orang wakil Wanita bagi mewakili kesemua Pergerakan-Pergerakan Wanita dari setiap Parti Anggota yang dilantik oleh Jawatankuasa Pergerakan Barisan Nasional peringkat Bahagian, Ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional jika ada, dan pegawai-pegawai yang berikut hendaklah dilantik dari kalangan wakil-wakil Parti Anggota sahaja:
(i) Pengerusi
(ii) Setiausaha
(iii) Bendahari
Jika Jawatankuasa Penyelaras Bahagian mengandungi kurang dari lapan (8) orang wakil, tiap-tiap Parti Anggota di kalangan Bahagian itu bolehlah melantik tidak lebih dari dua (2) orang anggota tambahan di dalam Jawatankuasa Penyelaras Bahagian.
24.2 Tugas pegawai-pegawai Jawatankuasa Penyelaras Bahagian adalah seperti berikut:-
A. Pengerusi
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian hendaklah dilantik oleh Pengerusi Dewan Tertinggi dengan persetujuan Dewan Tertinggi untuk memegang jawatan selama dua (2) tahun.
Pengerusi-pengerusi ini akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan ia hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Penyelaran Bahagian itu.
B. Setiausaha
Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian dari salah seorang Jawatankuasa Penyelaras bahagian itu, dengan persetujuan Jawatankuasa Jawatankuasa Penyelaras Bahagian untuk memegang jawatan selama dua (2) tahun bagi sesuatu perlantikan dan beliau bertanggungjawab ke atas pentadbiran Barisan Nasional di bahagian itu.
C. Bendahari
Bendahari hendaklah dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian dari salah seorang Jawatankuasa Penyelaras Bahagian itu dengan persetujuan Jawatankuasa Penyelaras Bahagian untuk memegang jawatan selama dua (2) tahun bagi sesuatu perlantikan dan beliau bertanggungjawab ke atas hal-ehwal kewangan Bahagian itu.
D. Ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional, jika ada
Ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional dalam Bahagiab itu, jika ada, hendaklah menjai ex-officio Jawatankuasa Penyelaras Bahagian. Mereka boleh memegang jawatan ex-officio itu selagi mereka menjadi Ahli Parlimen atau Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
24.3 Tugas, tanggungjawab dan kuasa Jawatankuasa Penyelaras Bahagian adalah seperti berikut:-
24.4 Kekerapan mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Negeri dan Jawatankuasa Penyelaras Bahagian
Jawatankuasa-jawatankuasa Penyelaras Negeri dan Bahagian hendaklah mengadakan mesyuarat masing-masing sekurang-kurangnya dua (2) bulan sekali atau pada bila masa yang diarahkan oleh Pengerusi masing-masing atau atas permintaan tidak kurang dari satu pertiga (1/3) dari jumlah ahli-ahli jawatankuasa yang berkenaan.
24.5 Koram Mesyuarat
Koram mesyuarat Jawatankuasa-jawatankuasa Penyelaras Negeri dan Bahagian adalah dengan kehadiran majority Parti-parti Anggota.
24.6 Keputusan
Keputusan hendaklah dengan sebulat suara seperti dinyatakan dalam Fasal 13.
25.1 Tiap-tiap Ahli Bergabung hendaklah membayar sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10.00) untuk mendaftar sebagai ahli. Yuran ini dibayar sekali sahaja.
25.2 Tiap-tiap Ahli Bersekutu hendaklah membayar dengan wangnya sendiri sebanyak Ringgit Malaysia Lima (RM5.00) untuk mendaftar sebagai ahli. Yuran tersebut merupakan bayaran untuk seumur hidup.
26.1 Konvensyen di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri boleh diadakan, jika perlu.
26.2 Agenda, jumlah perwakilan daripada Parti-parti Anggota, tempat dan masa diadakan konvensyen seperti Fasal 26.1 di atas akan ditentukan oleh Dewan Tertinggi.