YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2015 sehingga 2018 di dalam kerajaan Barisan Nasional.
YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan adalah Menteri Besar Negeri Sembilan sejak Mac 2004 sehingga Mei 2018.
YB Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong merupakan Presiden parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Ahli Parlimen Ayer Hitam dari Barisan Nasional-MCA. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan pada 10 Mac 2020.
YBhg Tan Sri S.A. Vigneswaran ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau ialah Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia dan Presiden Kongres India Malaysia (MIC).
YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup merupakan Presiden bagi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Beliau kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pada 10 Mac 2020.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir merupakan bekas Menteri Besar Perak ke-11 dan ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Pangkor, Negeri Perak. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih).
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein kini beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri pada 10 Mac 2020. Beliau telah berkhidmat dalam kerajaan Malaysia sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sejak 2013 hingga 2018.