UTAMA IBU DAN WANITA
UTAMA IBU DAN WANITA

UTAMA IBU DAN WANITA

  • Menubuhkan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) yang akan dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri khusus untuk agenda ekonomi wanita.
  • Menubuhkan pusat transformasi usahawan wanita (model PASARNITA) yang akan melebarkan jaringan perniagaan.
  • Memudahcara proses pemerolehan pinjaman golongan wanita tunggal.
  • Memudahkan syarat pinjaman mikrokredit untuk usahawan wanita.
  • Mewujudkan Koperasi Wanita yang menawarkan kemudahan simpanan dan pinjaman kewangan.
  • Menyemarakkan latihan vokasional/TVET wanita dan ibu tunggal dengan mewujudkan jaringan kerjasama yang mantap.
  • Menambah pendapatan ibu-ibu tunggal B40 melalui latihan di Kursus Asuhan PERMATA.
  • Menggilap potensi ibu-ibu tunggal melalui program peningkatan kemahiran dan latihan.
  • Menjamin sekurang-kurangnya 30% keanggotaan Dewan Negara disandang wanita.
  • Memperluaskan penglibatan dan peluang wanita sebagai pembuat keputusan.

  • Menggubal Akta Gangguan Seksual untuk melindungi mangsa.

  • Menubuhkan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah bermula dari Wilayah Persekutuan.

  • Menubuhkan Majlis Kehakiman Syariah Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai satu jawatankuasa induk untuk membincangkan dan menyelaraskan isu-isu berkaitan hal ehwal perundangan dan kehakiman Syariah di Malaysia.

  • Menggalakkan sektor swasta membenarkan ibu-ibu mengandung pulang sejam lebih awal.

  • Memperluaskan insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang kembali semula ke pasaran pekerjaan.

  • Menggalakkan syarikat-syarikat mengamalkan dasar Keseimbangan Kehidupan dan Pekerjaan.

  • Meningkatkan jumlah tawaran Rumah Transit Belia 1Malaysia untuk wanita muda yang baru memulakan kerjaya.

  • Menyediakan kaunter perkhidmatan khas khusus untuk wanita di semua UTC dan RTC.

Peta Pembangunan