TN50
TN50

TN50

  • Menyediakan anak muda Malaysia berusia di bawah 30 tahun dengan pekerjaan atau latihan bersesuaian untuk mendapat kerja dalam tempoh 6 bulan.

  • Menambah jumlah Rumah Transit Belia 1Malaysia kemudahan kepada belia yang baru bekerja.

  • Meningkatkan kebolehpasaran graduan menganggur melalui program Apprenticeship Malaysia dalam 5 industri rintis.

  • Mewujudkan penambahan 50,000 peluang pekerjaan TVET, melalui TVET Bootcamp (3 hingga 6 bulan) yang dirangka bersama bakal majikan.

  • Meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan amali berstruktur (internship) dan kemahiran insaniah kepada pelajar-pelajar universiti awam.

  • Memperkasa pelajar-pelajar lepasan Maahad Tahfiz melalui program keperantisan dan pemadanan latihan amali berstruktur di syarikat-syarikat berasaskan industri halal.

  • Menganjurkan kelas seni dan program sukan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah di Projek Perumahan Rakyat dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

  • Memperkasa peranan belia dalam pembangunan negara dengan mencerna idea dasar baru. Yang terbaik (melalui aplikasi MyCadang) akan dipilih untuk pembentangan bulanan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.

  • Menyediakan dana tahunan untuk setiap idea terbaik bagi 10 aspirasi utama dalam Kanvas Belia TN50.

  • Memperhebat program MyLESEN dengan menyediakan subsidi untuk mengambil lesen motosikal kelas B2.

  • Melatih belia-belia Orang Asli dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menerajui industri hijau dan penjagaan alam sekitar.

  • Mengurangkan beban untuk pasangan- pasangan muda yang ingin berkahwin.

  • Membina portal dan aplikasi e-Riadah.

  • Mempertingkatkan penglibatan belia dengan pihak berkuasa tempatan melalui penubuhan Majlis Belia PBT.

  • Menaiktaraf kompleks-kompleks Belia dan Sukan di seluruh negara.

  • Menaiktaraf infrastruktur kompleks-kompleks sukan mini di peringkat kejiranan.

  • Memperkasa belia yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam melalui program Skim Rentas Kerjaya.

  • Memperluas program perantisan dalam syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).

  • Mewujudkan peluang latihan digital di Pusat Internet 1Malaysia bagi menyediakan belia luar bandar untuk pekerjaan alaf baru.

  • Meluaskan penggunaan YEN sebagai portal sehenti untuk usahawan-usahawan muda.

  • Mempertingkat jumlah usahawan belia luar bandar dengan memperluas Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC) di setiap daerah.

  • Meneraju misi pembelajaran sepanjang hayat melalui kelas Massive Open Online Course (MOOC).

  • Memberi peluang kedua kepada bekas tahanan, bekas penagih dadah dan golongan wanita terlanjur melalui latihan TVET dan penubuhan Tabung Peluang Kedua.

  • Memperhebat dan memperkasakan Malaysia Vision Valley di Negeri Sembilan sebagai sebuah projek mega ikonik sepanjang lima tahun akan datang, yang akan merubah lanskap sosial dan ekonomi serta menjadi kebanggaan kepada orang-orang Negeri Sembilan.

Peta Pembangunan