PENGANGKUTAN FUTURISTIK
PENGANGKUTAN FUTURISTIK

PENGANGKUTAN FUTURISTIK

  • Memperkenalkan Pas Pengangkutan Awam TN50 berharga antara RM50 – RM150 yang memberi akses perjalanan tanpa had sebulan untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU.

  • Membina Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

  • Membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor.

  • Meningkatkan jaringan pengangkutan awam Lembah Klang dengan pembangunan Sistem Aliran Transit Ringan (LRT) fasa 3 dan Sistem Aliran Transit Massa (MRT) fasa 3.

  • Membina Landasan Berkembar Gemas- Johor Bahru.

  • Menaiktaraf dan menyelenggara jalan persekutuan secara berkala sebagai alternatif kepada lebuh raya bertol.

  • Menaiktaraf landasan berkembar Lembah Klang sepanjang 42km.

  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan bas pengantara .

  • Membina sebuah pelabuhan moden bertaraf dunia di Pulau Carey.

  • Membina landasan kereta api elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang.

  • Mewujudkan zon ekonomi baharu di kawasan sempadan dengan membangunkan kawasan-kawasan ketersambungan jalan raya.

  • Menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kota Bharu di Semenanjung.

  • Membina Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.

  • Menaiktaraf infrastruktur pengangkutan di Pulau Labuan – pembinaan jambatan dan menambah pelantar feri.

  • Menyiapkan Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping menjelang 2020.

  • Menaiktaraf fasiliti jeti, terminal dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Pulau Langkawi dengan peruntukan sebanyak RM86.5 juta.

  • Membina dan menaiktaraf jambatan-jambatan di kawasan kritikal seperti di Batang Lupar, Temerloh, Kota Tinggi dan Batang Kali.

  • Meluaskan kawasan liputan Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) sepanjang 600km di Semenanjung.

  • Membina lebuh raya Laluan Lingkaran Tengah yang menghubungkan Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan.

  • Membina saluran paip gas asli sepanjang 140km dari Ayer Tawar ke Ipoh.

  • Mewujudkan pembangunan bandar baharu moden dan hijau di sepanjang jajaran pengangkutan awam.

  • Mewujudkan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) bersepadu di seluruh negara.

  • Menyiapkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur fasa 3.
  • Menaiktaraf gerabak perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS).
  • Menaiktaraf jalan dan penyuraian trafik di pelabuhan-pelabuhan.

  • Membina Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di Lembah Chuping.

  • Membaik pulih gerabak dan lokomotif KTM.

  • Membaik pulih infrastruktur landasan dan jambatan keretapi Pantai Timur.

  • Menggalakkan penggunaan elektrik secara optimum melalui pemasangan meter pintar dan lampu LED.

  • Meningkatkan penggunaan bas eletrik secara berperingkat bagi mengurangkan emisi karbon dioksida.

  • Menaiktaraf sistem pengairan dan saliran di 143 lokasi untuk meningkatkan pengeluaran padi.

  • Menaiktaraf 422km jalan di dalam kawasan- kawasan FELDA.

  • Membina dan menaiktaraf jalan ladang meliputi jarak sepanjang 830km.

  • Memperhebat agenda kesalinghubungan antara kawasan-kawasan luar bandar melalui pembinaan 383 jambatan kecil di seluruh negara.

  • Menambah lampu jalan di dalam kawasan- kawasan penempatan FELDA.

  • Menaiktaraf 419km sistem pembentungan di kawasan-kawasan FELDA.

  • Menaiktaraf jalan di kawasan sawah sepanjang 623km bagi memudahkan pengangkutan padi.

  • Membina 4 loji Rawatan Kumbahan Wilayah dan Rangkaian Paip Pembentungan di Semenanjung.

  • Menambah tanda, garisan dan lampu jalan di kawasan-kawasan FELDA meliputi 1,240km.

  • Membina Loji Rawatan Pembentungan Wilayah di Tunjong, Kelantan merangkumi 34.9km memanfaatkan 300,000 penduduk.

  • Menaik taraf laluan 4 lorong kepada 6 lorong di Lebuh Raya Utara Selatan dari Yong Peng ke Johor Bharu

  • Membina lebuhraya baharu, Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas, Melaka

  • Membina lebuh raya dari Tepoh-Kuala Nerus, Terengganu sehingga ke Kelantan yang merupakan sebahagian daripada LPT3 secara berperingkat.

  • Membina lapangan terbang baharu di Sri Iskandar, Perak

  • Membangunkan lembangan Sungai Perlis dari Kangar ke Kuala Perlis

  • Mempercepatkan dan menyiapkan lebuh raya dari Gua Musang ke Kota Bharu, Kelantan

Peta Pembangunan