PENDIDIKAN SESUAI MASA DEPAN
PENDIDIKAN SESUAI MASA DEPAN

PENDIDIKAN SESUAI MASA DEPAN

  • Memahirkan 5 juta pelajar sekolah dengan kemahiran digital Revolusi Industri 4.0.

  • Menaiktaraf semua sekolah daif di seluruh negara.

  • Memadankan pelajar universiti dan bakal majikan di bawah SL1M 2.0.

  • Melahirkan pekerja pembinaan berkemahiran tinggi.

  • Menaiktaraf Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

  • Menaikkan had Insentif untuk Skim Simpanan Pendidikan.

  • Mengurangkan beban kerja pentadbiran para pendidik dengan peralatan lebih baik di bilik darjah.

  • Menambah jumlah subjek dalam Program Dwibahasa (DLP).

  • Mempertingkat kemahiran Bahasa Inggeris melalui Program Dwibahasa (DLP), Program Imersif Tinggi (HIP) dan memperkenalkan sekolah beraliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek rintis.

  • Menyediakan insentif khusus untuk mencipta khidmat pembelajaran dalam talian.

  • Memperluas pelaksanaan Program Anak Angkat bagi pengukuhan sosiobudaya.

  • Membina dan menambah kapasiti asrama untuk pelajar-pelajar luar bandar.

  • Meluaskan capaian Internet pantas ke semua universiti-universiti awam.
  • Memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk program pendidikan khas masyarakat luar bandar untuk 615,000 orang peserta.

  • Mengendalikan bengkel ilmu keibubapaan di kawasan yang sudah dikenalpasti.

  • Mentransformasi infrastruktur di universiti- universiti awam untuk kampus bestari.
  • Menurunkan kadar keciciran pelajar-pelajar Orang Asli di sekolah.
  • Memperkukuh sistem pendidikan pelbagai aliran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
  • Menaiktaraf prasarana, bilik darjah, bilik guru khusus di Sekolah untuk anak-anak tentera.

  • Menaiktaraf Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kepada Universiti P.Ramlee.

  • Menubuhkan Universiti Al-Quran agar lebih banyak graduan huffaz yang mempunyai pelbagai kepakaran.

  • Melengkapkan sekolah-sekolah Tahfiz dengan sistem latihan kemahiran Giat MARA.

  • Meningkatkan peratusan pengambilan bukan Bumiputera ke dalam universiti-universiti awam di Malaysia.

  • Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, yang mendapat sekurang-kurangnya 9+ dan berjaya mendapat tawaran daripada Universiti Oxford serta Cambridge atau 10 universiti terkemuka di dunia, Kerajaan Barisan Nasional akan menaja sehingga 80 peratus daripada jumlah kos pengajian tersebut.

  • Pelajar yang mendapat tawaran ke universiti luar negara selain daripada Universiti Oxford dan Cambridge atau 10 universiti terkemuka dunia, akan ditawarkan mengikut kadar penajaan dalam negara.

  • Tawaran ini juga dipanjangkan kepada pelajar SPM 2015 dan 2016 yang ditaja oleh JPA di peringkat persediaan.

  • Bagi pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran SPM 2017 akan ditaja di peringkat persediaan dalam bentuk dermasiswa sebanyak 6,340 ringgit seorang setahun.

Peta Pembangunan