KEDIAMAN 1NEGARAKU
KEDIAMAN 1NEGARAKU

KEDIAMAN 1NEGARAKU

  • Menubuhkan sebuah bank khas bagi menguruskan pinjaman Perumahan Mampu Milik dan Perumahan Kos Rendah yang berharga RM300,000 dan ke bawah.

  • Memberi pengecualian cukai bagi pendapatan dari penyewaan rumah.

  • Menyediakan dana khas bagi menggalakkan usahawan-usahawan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

  • Menyediakan insentif bagi menggalakkan bank dan pemaju perumahan untuk menawarkan skim sewa-untuk-beli.

  • Membantu pembeli-pembeli yang menjadi mangsa kepada pemaju perumahan tidak berlesen.

  • Mewajibkan Indeks Prestasi Utama (KPI) ke atas pembinaan Rumah Mampu Milik oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan yang mendapat pelaburan Kerajaan

  • Menubuhkan tribunal penyelesaian konfik.

  • Mewujudkan sebuah entiti tunggal untuk menyelaras keseluruhan inisiatif-inisiatif perumahan mampu milik.

  • Menyediakan Skim Bantuan Sewa Perumahan Awam bagi membantu penyewa dalam kategori miskin dan orang kelainan upaya.

  • Memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah Patuh Syariah yang akan menambahbaik sistem perbankan Islam sedia ada.

  • Membangunkan kuarters, bangunan dan tanah Kerajaan yang tidak diutilisasikan secara optimum.

  • Membuka peluang kepada pesara Kerajaan dan anak-anak mereka untuk membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

  • Membina lebih banyak rumah komuniti FELDA.

  • Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem untuk projek perumahan terbengkalai.

  • Membina perumahan mampu milik di tanah rizab Melayu, wakaf dan baitulmal yang terbiar.

  • Meningkatkan kapasiti Program Bantuan Rumah.

  • Menaiktaraf rumah Orang Asli dan rumah pekerja estet di Semenanjung.
  • Menyediakan dana khas untuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC).
  • Membina semula perumahan rakyat dan perumahan kos rendah berusia lebih 20 tahun.

  • Meningkatkan had tuntutan di bawah kuasa Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS).

  • Memperluaskan kuasa Kerajaan untuk menghidupkan semula projek perumahan terbengkalai.

  • Melancarkan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (3PAN).

  • Menamatkan polisi diskaun lot Bumiputera untuk hartanah bernilai RM1 juta dan ke atas.

  • Memperuntukkan 1,800 unit rumah dalam program SASaR untuk anggota veteran ATM.

  • Membina 45,000 unit kediaman Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) menjelang 2030.

  • Mewujudkan Program Bantuan Baiki Rumah Veteran Tentera 1Malaysia (1MVHRPP) dengan sasaran menjelang 2020.

  • Memperuntukkan 10,000 unit rumah PPA1M untuk anggota polis.

  • Membina 10,000 unit rumah mampu milik Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), khusus untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia.

  • 65,000 rumah mampu milik  di Pulau Pinang

  • Membina lebih banyak projek-projek Urban Renewal & Urban Redevelopment seperti RUMAWIP di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan sebagai tempat rakyat berteduh dan berlindung serta hidup dengan lebih selesa sepanjang tempoh lima tahun akan datang ini

  • Menambah rumah mampu milik dan kos rendah serta perumahan untuk generasi kedua dan ketiga FELDA

Peta Pembangunan