HIDUP SIHAT
HIDUP SIHAT

HIDUP SIHAT

  • Mempertingkat perkhidmatan kesihatan luar bandar melalui Klinik 1Malaysia (K1M).

  • Memperluaskan konsep Pasukan Doktor Keluarga Percuma untuk penghidap penyakit kronik.

  • Memberi pesara perkhidmatan bantuan kesihatan seperti hemodialisis, dana bantuan rawatan dan lain-lain.

  • Membangun hospital dan klinik kesihatan baharu dengan penambahan anggota Pasukan Medik Bergerak.

  • Membina lebih banyak poliklinik di kem tentera bagi anggota ATM.

  • Membina Hospital Veteran ATM pertama di Malaysia di Ipoh untuk lebih 300 ribu orang veteran tentera.

  • Menyediakan pemeriksaan kesihatan rutin tanpa syarat di klinik-klinik kesihatan Kerajaan bagi anak muda.

  • Menyediakan modul khusus untuk intervensi awal keluarga yang mempunyai anak autisme dengan PERMATA.

  • Membuka keahlian kelab khas dan program komuniti terpilih untuk golongan pesara dan warga emas.

  • Meningkatkan kadar pelepasan tahunan cukai pendapatan individu bagi kos perubatan ibu bapa.

  • Memperkemas perkhidmatan kesihatan dan pergigian kepada warga emas dan pesakit terlantar melalui lawatan rumah ke rumah.

  • Mempermudah sistem urusan kesihatan melalui kaedah dalam talian.

  • Menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah yang lebih efisien di kawasan- kawasan luar bandar.

  • Membina lebih banyak taman poket di bandar-bandar seluruh negara.

  • Meneruskan subsidi bil elektrik bulanan kepada lebih 1 juta pengguna.
  • Mentransformasi kawasan tinggalan dan bangunan usang untuk dijadikan ruang rekreasi komuniti.
  • Menyusun program dan inisiatif baharu dalam menangani isu kesihatan mental.

  • Mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan kecemasan dan ambulan.

  • Mempertingkatkan kewibawaan pakar dan keupayaan teknologi di Unit Kawalan Penyakit Berjangkit.

  • Melaksanakan dasar keselamatan makanan demi makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat.

  • Memperkenal pusat penjagaan dwifungsi untuk kanak-kanak dan warga emas.

  • Menaiktaraf peralatan dan kepakaran di hospital-hospital ATM.

  • Memperkasa Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) ke seluruh negara.

  • Membantu pusat transit dan memperluaskan program bantuan untuk kumpulan gelandangan.

  • Memperhebat Program Pemantauan Kualiti Alam Sekitar (EQMP).

  • Memperkenalkan Undang-undang Air demi menjamin akses air bersih untuk rakyat.

  • Memperkenalkan undang-undang baharu pemuliharaan dan pengurusan hutan yang mampan.

  • Merealisasi Malaysia sebagai negara Ekonomi Hijau melalui penurunan emisi karbon.

  • Menggalakkan sektor swasta untuk terus menyumbang kepada pembangunan zoo, hidupan liar dan alam sekitar.

  • Menyelesaikan masalah air di Selangor

Peta Pembangunan