3 JUTA KERJA
3 JUTA KERJA

3 JUTA KERJA

  • Mempercepatkan pembangunan Malaysian Vision Valley – yang dijangka bakal mewujudkan 1.3 juta peluang pekerjaan.

  • Menyemarakkan industri berteknologi tinggi untuk mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi.

  • Mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan dalam keusahawanan sosial melalui dana khas dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

  • Memperluaskan amalan waktu kerja eksibel di sektor awam.

  • Mengurangkan kebergantungan pekerja asing.

  • Memacu dasar Ekonomi Hutan berteraskan pengurusan mampan untuk menjana pendapatan dan pekerjaan.

  • Menderaskan pertumbuhan sektor hiliran industri minyak dan gas bagi mewujudkan lebih peluang kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

  • Mewujudkan zon industri mampan untuk lokasi pelaburan baru.
  • Mempertingkatkan literasi kewangan dengan memperluaskan program AKPK.
  • Memperkenalkan modul literasi kewangan di sekolah-sekolah menengah.

  • Menyediakan peluang latihan kemahiran dan pekerjaan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.

  • Memperluaskan peluang pekerjaan bagi warga kelainan upaya dengan mewujudkan sebuah portal sehenti khas di mana perkhidmatan-perkhidmatan mereka boleh dipasarkan secara dalam talian.

  • Menambah keanggotaan warga kelainan upaya dalam pelbagai sektor termasuk menjadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Ahli Dewan Negara.

  • Menambah insentif cukai kepada syarikat yang mengambil orang kelainan upaya (OKU) sebagai pekerja.

  • Menubuhkan Special Economic Zone Bukit Kayu Hitam, Kedah yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak muda dan rakyat Kedah keseluruhannya

Peta Pembangunan