FITNAH

Tuduhan Tanah Tentera Dijual Kepada 3 Individu?

Tuduhan Tanah Tentera Dijual Kepada 3 Individu?

Dalang penyebaran

Satu laman  akaun Facebook “Rafidah Aziz Malaysian Citizen” telah memuat naik status untuk membuat beberapa dakwaan mengenai perbincangan kabinet pada penghujung 2008.

Menurut akaun tersebut, pada penghujung 2008, Perdana Menteri Najib Razak, ketika itu Menteri Pertahanan, telah membawa cadangan pembangunan tanah Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara dalam keadaan yang meragukan.

Penjelasan

KENYATAAN DATUK SERI HISHAMUDDIN HUSSEIN TERHADAP TUDUHAN TAN SRI RAFIDAH AZIZ

Saya dengar apa yang Rafidah cakap semalam dan kenyataan itu adalah penuh dengan informasi yang tidak tepat dan dalam kes-kes tertentu adalah sebuah pembohongan.

Tuduhan bahawa sebuah syarikat yang diuruskan oleh tiga individu yang memiliki setiap inci aset MINDEF adalah sangat tidak tepat dan merupakan sebuah pembohongan.

Dalam surat beliau, beliau mengatakan syarikat tiga individu ini dituduh membuat keputusan terhadap tanah ATM MINDEF adalah tidak tepat dan merupakan pembohongan.

Dan tuduhannya terhadap diri saya sendiri bahawa kita akan menilai tanah MINDEF untuk projek agrikultur berskala besar juga adalah tidak tepat dan merupakan pembohongan.

Saya hanya memikirkan mengenai isu sekuriti makanan dengan Menteri Pertanian, dan itu adalah pada dua, tiga tahun yang lalu dan tidak ada apa-apa yang berlaku sejak (perbincangan) itu.

Dan saya tidak pasti apa objektif beliau untuk membuat kenyataan yang salah ini, tetapi hari ini dengan tempoh masa yang terhad untuk saya semak (kenyataan ini), ini adalah tiga jawapan yang saya boleh jawab secara terus terhadap kenyataan beliau semalam.

Saya percaya tindakan ini amatlah tidak bertanggungjawab daripada beliau, sebagai seorang ahli kabinet ketika itu yang juga merupakan sebahagian daripada pembuat keputusan ketika itu untuk membuat tuduhan dan penipuan ke atas tiga isu ini.

Jangan kaburi dengan benda-benda lain terhadap tiga isu yang menyentuh MINDEF ini. Saya tengok tindakan beliau ini tidak bertanggungjawab langsung.

Selepas ini saya akan mendapatkan jawapan daipada MINDEF. Saya akan meminta LTAT untuk menjawab dan saya telah dapatkan minit daripada Kabinet untuk melihat pertuduhan beliau.

Kita akan menyiasat secara keseluruhan pertuduhan ini.

DATUK SERI HISHAMUDDIN HUSSEIN

Fakta Tambahan

Tan Sri Rafidah Aziz mengakhiri jawatannya di dalam kabinet pada Mac 2008 sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sebelum tempatnya diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

 

Sumber: Rafidah Aziz Malaysian Citizen

PENJELASAN

Kenyataan Rasmi Menteri Pertahanan
- Facebook
Baca penjelasan di 'Facebook'
Senarai Menteri Kabinet
- Utusan
Baca penjelasan di 'Utusan '
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat

Penafian

Segmen menjawab fitnah ini adalah bertujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita membabitkan politik yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Ianya adalah dihasilkan oleh pasukan penyelidik kami dan jawapan-jawapan yang digunakan adalah dari sumber yang terbuka seperti mana yang terdapat di laman-laman sesawang lain.

Maklumat ini benar setakat masa yang kami terbitkan serta maklumat yang berada didalam pengetahuan pihak kami dan boleh diakses di laman-laman sesawang.

Peta Pembangunan