FITNAH

Tanah Pangkalan Udara TUDM Sg Besi dijual kepada China

Tanah Pangkalan Udara TUDM Sg Besi dijual kepada China

1MDBJual Negara

Tanah Pangkalan Udara TUDM Sg Besi telah difitnah, kononnya sudah dijual kepada China. Tanah berkenaan dirancang untuk dibangunkan dalam projek Bandar Malaysia.

Faktanya, tanah berkenaan adalah 100% milik Kementerian Kewangan Malaysia, berikutan pembatalan perjanjian jual beli saham kepada IWH-CREC Sdn Bhd (konsortium kerjasama antara 60% Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dengan 40% China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd). Perjanjian ini telah terbatal berikutan IWH-CREC Sdn Bhd gagal untuk menjelaskan bayaran.

Sekiranya perjanjian jual beli saham tersebut berjaya, China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd memiliki hanya 24% daripada tanah berkenaan. Ini tidak bermaksud ia telah dijual kepada China. Syarikat Malaysia masih menguasai 76% daripada tanah tersebut.

Sumber: Facebook

PENJELASAN

Perjanjian jual beli saham Bandar Malaysia terbatal
- Astro Awani
Baca penjelasan di 'Astro Awani'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat

Penafian

Segmen menjawab fitnah ini adalah bertujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita membabitkan politik yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Ianya adalah dihasilkan oleh pasukan penyelidik kami dan jawapan-jawapan yang digunakan adalah dari sumber yang terbuka seperti mana yang terdapat di laman-laman sesawang lain.

Maklumat ini benar setakat masa yang kami terbitkan serta maklumat yang berada didalam pengetahuan pihak kami dan boleh diakses di laman-laman sesawang.

Peta Pembangunan