FITNAH

Petugas Parti Minta Warga Asing “Bangladesh” Undi BN ?

Petugas Parti Minta Warga Asing “Bangladesh” Undi BN ?

Dalang penyebaran

Tular di media sosial apabila satu klip video yang mendakwa seorang pegawai meminta warga asing untuk mengundi Barisan Nasional mengundi Barisan Nasional untuk mengubah kerajaan negeri Selangor .

PENJELASAN

NAIB Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Datuk Mutalif Rahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini mendakwa difitnah di laman sosial Facebook menyatakan beliau membantu peniaga warga asing dari Bangladesh.

Mutalif ketika ditemui selepas membuat laporan berkenaan memaklumkan bahawa laporan polis itu dibuat kerana fitnah dilemparkan beberapa individu di Facebook itu jelas menjatuhkan maruah serta reputasi beliau.

keadaan sebenarnya ialah beliau membantu seorang pemilik bengkel tempatan iaitu Azmi Abdul Malik yang mengalami kerugian selepas bengkel membaiki motosikalnya terbakar dalam kejadian jam 8 pagi, Isnin lalu.

Pemilik bengkel yang dituduh bangladesh itu juga,Azmi Abdul Malik turut tampil membuat laporan polis di atas fitnah yang dilakukan oleh pemilik akaun terbabit

“Hari ini, saya datang untuk membersihkan nama saya yang dikatakan sebagai warga Bangladesh sedangkan saya adalah warganegara Malaysia ujarnya lagi.

Sumber: Facebook

PENJELASAN

PEMILIK KEDAI BUKAN BANGLA
- HARIAN METRO
Baca penjelasan di 'HARIAN METRO '
JANGAN FITNAH SAYA BANTU BANGLA UNTUK UNDI BN - MUTALIF
- YouTube
Baca penjelasan di 'YouTube '
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat

Penafian

Segmen menjawab fitnah ini adalah bertujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita membabitkan politik yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Ianya adalah dihasilkan oleh pasukan penyelidik kami dan jawapan-jawapan yang digunakan adalah dari sumber yang terbuka seperti mana yang terdapat di laman-laman sesawang lain.

Maklumat ini benar setakat masa yang kami terbitkan serta maklumat yang berada didalam pengetahuan pihak kami dan boleh diakses di laman-laman sesawang.

Peta Pembangunan