FITNAH

Pengundi warga Bangladesh sedang beratur mengundi?

Pengundi warga Bangladesh sedang beratur mengundi?

Satu gambar telah disebar di media sosial bertujuan untuk menuduh bahawa terdapat warga Bangladesh sedang beratur untuk mengundi. Ini tidak benar.

PENJELASAN

Pertama, orang yang menyebarkan gambar ini tidak memberitahu lokasi gambar itu diambil. Ini sudah menunjukkan mereka sengaja ingin menyebarkan fitnah. Jika benar, kenapa tidak sertakan lokasi mengundi?

Kedua, bukan semua orang berkulit gelap dan sawo matang adalah warga Bangladesh. Sekiranya lelaki itu berbangsa India atau Singh, adakah anda sanggup menanggung akibat kerana menuduh orang lain sebagai Bangladesh?

Semasa PRU13, terdapat beberapa kes rakyat Malaysia berbangsa India dipukul kerana disangka sebagai warga Bangladesh. Malah ada juga rakyat Malaysia berbangsa Singh yang dituduh sebagai warga Bangladesh.

Para pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu sebelum menularkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara dan boleh dikenakan tindakan melalui Akta Berita Anti tidak benar 2018.

FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat

Penafian

Segmen menjawab fitnah ini adalah bertujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita membabitkan politik yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Ianya adalah dihasilkan oleh pasukan penyelidik kami dan jawapan-jawapan yang digunakan adalah dari sumber yang terbuka seperti mana yang terdapat di laman-laman sesawang lain.

Maklumat ini benar setakat masa yang kami terbitkan serta maklumat yang berada didalam pengetahuan pihak kami dan boleh diakses di laman-laman sesawang.

Peta Pembangunan