FITNAH

Malam PRU14, tentera sedang menuju ke Putrajaya?

Malam PRU14, tentera sedang menuju ke Putrajaya?

Terdapat gambar-gambar tentera dan lori ATM tersebar luas di laman sosial dan Whatsapp, dikatakan mempunyai kaitan dengan keputusan PRU14. Ini tidak benar.

PENJELASAN

Gambar-gambar berkenaan adalah gambar lama, bukan gambar malam ini.

Tindakan menyebar gambar tentera pada malam PRU14, dipercayai untuk mengelirukan rakyat bahawa tentera akan digunakan untuk memerintah negara. Namun, ini tidak benar.

Para pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu sebelum menularkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara dan boleh dikenakan tindakan melalui Akta Berita Anti tidak benar 2018.

FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat

Penafian

Segmen menjawab fitnah ini adalah bertujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita membabitkan politik yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Ianya adalah dihasilkan oleh pasukan penyelidik kami dan jawapan-jawapan yang digunakan adalah dari sumber yang terbuka seperti mana yang terdapat di laman-laman sesawang lain.

Maklumat ini benar setakat masa yang kami terbitkan serta maklumat yang berada didalam pengetahuan pihak kami dan boleh diakses di laman-laman sesawang.

Peta Pembangunan