FITNAH

Keputusan PRU14 sudah keluar dan Pakatan Harapan menang di Sabah?

Keputusan PRU14 sudah keluar dan Pakatan Harapan menang di Sabah?

Sekitar 15-20 imej yang menunjukkan Pakatan Harapan sudah menang di Sabah, tersebar di media sosial termasuk Whatsapp sekitar pukul 4-5pm. Ini tidak benar.

PENJELASAN

Untuk semua kawasan, pengiraan bermula pada pukul 5pm, maka tidak masuk akal untuk keputusan sudah keluar pada pukul 4pm.

Pihak pembangkang berbuat demikian, dipercayai kerana mereka ingin memburukkan nama SPR kononnya mengumumkan pihak lain menang walaupun kiraan menunjukkan Pakatan Harapan mendapat undi lebih.

Para pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu sebelum menularkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara dan boleh dikenakan tindakan melalui Akta Berita Anti tidak benar 2018.

FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat

Penafian

Segmen menjawab fitnah ini adalah bertujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita membabitkan politik yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Ianya adalah dihasilkan oleh pasukan penyelidik kami dan jawapan-jawapan yang digunakan adalah dari sumber yang terbuka seperti mana yang terdapat di laman-laman sesawang lain.

Maklumat ini benar setakat masa yang kami terbitkan serta maklumat yang berada didalam pengetahuan pihak kami dan boleh diakses di laman-laman sesawang.

Peta Pembangunan