FITNAH

Bantuan Coli 1Malaysia?

Bantuan Coli 1Malaysia?

Dalang penyebaran

Tular di media Sosial apabila satu laman Facebook telah memuat naik status dan mengepilkan satuk video dengan tajuk  “Bantuan Coli Satu Malaysia” oleh BN pada kaum wanita.

Penjelasan

Sebenarnya program itu dianjurkan oleh satu badan NGO yang diketuai oleh Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan nama Mr Kentang.

Menurut Uncle Kuan di laman Facebooknya,   Ini lah penipuan ORANG TAK ADA INTEGRITI. Penyokong Pembangkang telah viral dan kata ini adalah Pemberian BRA 10 SEN Barisan Nasional untuk pancing UNDI. Ini merupakan salah satu video milik Uncle Kuan yang dikongsi pada tahun lepas dalam projek di Pasar 10 sen. Beliau mendapat kiriman bra tersebut daripada seorang wanita Melayu yang ingin menutup kedainya  kerana menjaga emak YANG SAKIT KANSER dan ingin menghabiskan masa dengan emak yang akan meninggal dunia.

Sumber: Otai BERSIH

PENJELASAN

Penipuan Orang yang tiada Integriti
- Facebook
Baca penjelasan di 'Facebook'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat

Penafian

Segmen menjawab fitnah ini adalah bertujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita membabitkan politik yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Ianya adalah dihasilkan oleh pasukan penyelidik kami dan jawapan-jawapan yang digunakan adalah dari sumber yang terbuka seperti mana yang terdapat di laman-laman sesawang lain.

Maklumat ini benar setakat masa yang kami terbitkan serta maklumat yang berada didalam pengetahuan pihak kami dan boleh diakses di laman-laman sesawang.

Peta Pembangunan