FITNAH

Bantuan 5,000 Baju Dalam Percuma di Pulau Pinang?

Bantuan 5,000 Baju Dalam Percuma di Pulau Pinang?

Dalang penyebaran

Tular di media sosial mengenai poster kononnya satu program yang yang memberikan 5,000 baju dalam percuma di SK Permatang Tok Kandu dianjurkan Pengerusi BN Permatang Pauh

Penjelasan 

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said  membuat laporan polis berhubung poster bantuan cermin mata pihaknya yang diubah suai menjadi bantuan pakaian dalam wanita.

Poster yang diubah suai menjadi program pemeriksaan dada secara percuma dan bentuk cermin mata diubah menjadi pakaian dalam wanita itu tular di media sosial sejak semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah itu, Mohd Zaidi berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu memalukan kaum wanita.

“Saya minta polis siasat perkara ini sehingga tertangkapnya dalang di sebalik pengubahsuaian poster itu,” katanya.

Menurutnya perkara itu juga menimbulkan kekeliruan banyak pihak dan meminta orang ramai tidak menyebarkan poster palsu itu kerana ia adalah berita tidak benar.

PENJELASAN

Poster palsu: Ketua UMNO Permatang Pauh buat laporan polis
- BERNAMA
Baca penjelasan di 'BERNAMA '
Jurutera ubah suai Poster Meminta Maaf
- Facebook Buletin TV3
Baca penjelasan di 'Facebook Buletin TV3'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat

Penafian

Segmen menjawab fitnah ini adalah bertujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita membabitkan politik yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Ianya adalah dihasilkan oleh pasukan penyelidik kami dan jawapan-jawapan yang digunakan adalah dari sumber yang terbuka seperti mana yang terdapat di laman-laman sesawang lain.

Maklumat ini benar setakat masa yang kami terbitkan serta maklumat yang berada didalam pengetahuan pihak kami dan boleh diakses di laman-laman sesawang.

Peta Pembangunan