FITNAH

Salah seorang Netizen, menggunakan nama @zulaihaanuar di twitter telah memuat naik status berunsur fitnah & spekulatif dengan menyatakan bahawa Pensyarah & juga Imam yang ditembak mati merupakan Pakar Pembuat Bomb, sedangkan beliau merupakan seorang professor yang memiliki kelayakan dari University of Gaza & Universiti Malaya dalam bidang kejuruteraan elektronik.

Zulaiha juga cuba mengaitkan kejadian ini dengan PRU14 yang bakal berlangsung 9 Mei ini.

PENJELASAN

Imam ditembak mati adalah professor dari UNIKL BMI
- Facebook
Baca penjelasan di 'Facebook'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Hari ini tersebar di laman sosial kononnya kereta yang ingin masuk ke Malaysia dari Singapura perlu didaftarkan dan mendapat “JPJ VEP” bermula 1 Mei 2018. Kegagalan untuk mendaftar akan mengakibatkan kenderaan tidak boleh masuk ke Malaysia. Netizen berpendapat tindakan ini merupakan salah satu langkah untuk menghalang pengundi dari Singapura untuk pulang mengundi

Berita ini adalah tidak benar dan telah dinafikan oleh pihak JPJ. VEP masih lagi diperingkat ujian dan pengesahan sistem bagi memastikan kestabilan dan kesempurnaan sistem sebelum penguatkuasaan sepenuhnya dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, ingin ditegaskan bahawa pada masa ini tiada sekatan terhadap kenderaan dari luar Negara atau Singapura yang masuk tanpa pendaftaran permit masuk atau VEP.

Sumber: Facebook

PENJELASAN

Media Release: VEP IMPLEMENTATION for attention
- Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Baca penjelasan di 'Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Semalam satu lagi artikel yang kononnya ditulis oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary tular dan dikongsi melalui lama Facebook & rangkaian whatsapp. Antara isi kandungan termasuklah kononya Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kecewa dengan kepimpinan YAB Najib Razak dan juga UMNO

Artikel ini bukan sahaja tidak benar, malah merupakan artikel lama yang diulang siar daripada tahun 2015. Malahan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary sendiri telah menafikan bahawa beliau menulis surat tersebut. Kenyataan rasmi dan penafian Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary telah disiarkan di semua media dan portal online pada September 2015.

Tindakan tidak bertanggungjawab menggunakan berita palsu yang lama untuk memfitnah adalah modus operandi pihak pembangkang terkini.

Sumber: Facebook

PENJELASAN

Syed Mokhtar nafi tulis artikel berkaitan Najib
- Free Malaysia Today
Baca penjelasan di 'Free Malaysia Today'
Lepas Sultan Johor, Syed Mokhtar Albukhary Pula Bahan Fitnah
- My News Hub
Baca penjelasan di 'My News Hub'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Pihak pembangkang menularkan satu video mengatakan 3 bas yang dipenuhi warga Bangladesh yang memiliki MyCard ditahan dan dibelasah orang awam. Nama Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, ahli parlimen Baling juga dipetik sebagai individu bertanggungjawab yang memberikan IC kepada warga-warga Bangladesh tersebut.

Situasi sebenar:
Video tersebut merupakan video 5 tahun lepas yang ditularkan semula di mana sekumpulan warga asing dan warga tempatan diserang semasa rusuhan Pakatan Rakyat pada tahun 2013. Ini lagi satu sikap pembangkang menggunakan video lama untuk menyemarakkan api kemarahan rakyat. Malahan video pada tahun 2013 itu juga telah disangkal sendiri oleh Pemimpin DAP, Ong Kian Ming yang menyatakan bahawa tiada pengundi hantu mahupun ‘blackout’ yang berlaku ketika PRU13 berlangsung

Sumber: YouTube

PENJELASAN

Fitnah Ulangan Pembangkang
- Lim Sian See
Baca penjelasan di 'Lim Sian See'
DAP man concurs Pemantau’s findings of no foreign voters, blackouts
- Free Malaysia Today
Baca penjelasan di 'Free Malaysia Today'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Tular di dalam aplikasi sembang Whatsapp dan Facebook kononnya seorang ahli politik Barisan Nasional Sabah telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Turut disebarkan adalah gambar sekotak wang yang kononmya ditemui bersamanya ketika kemalangan tersebut

 

SEBENARNYA

Memetik laporan dari portal China Press, kemalangan terbabit bukan membabitkan Datuk Ajan, pemimpin UMNO semporna,  tetapi melibatkan pemandunya  dan dua individu lain dipercayai keluarga beliau dan tidak ditemui kotak yang berisi wang seperti yang ditularkan di laman-laman media sosial.

Mesej wang di dalam kotak yang dikepilkan bersama mesej berkenaan yang kononnya ditemui bersama mangsa itu adalah gambar berbeza dalam kes wang palsu yang berlaku pada Februari 2018 lalu, pihak PDRM  telah menafikan kesahihan mesej bergambar berkenaan. Sikap pihak pembangkang menggabungkan pelbagai sumber berita berbeza dah dijadikan satu berita untuk dikaitkan dengan pimpinan Barisan Nasional adalah sangat tidak bertanggungjawab. Rakyat diminta untuk tidak mempercayai situasi ini.

PENJELASAN

Mesej tular wang RM100 palsu tidak sah
- UTUSAN
Baca penjelasan di 'UTUSAN '
KEMALANGAN DI SABAH MENEMUI SATU KOTAK WANG TUNAI - PALSU
- CHINA PRESS
Baca penjelasan di 'CHINA PRESS'
Modus Operandi Fitnah Pembangkang
- Lim Sian See
Baca penjelasan di 'Lim Sian See'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Pemimpin pembangkang menyebarkan fitnah bahawa kos pembinaan ECRL bukan RM55 bilion, tetapi RM75 bilion. Penceramah tersebut juga menuduh YAB Dato’ Seri Najib Razak menipu rakyat Malaysia dengan memberitahu kos ECRL hanya pada RM55 bilion.

 

Dia juga memfitnah kerajaan dan Perdana Menteri bahawa kos pembinaan ECRL akan meningkat hingga mencecah RM700 bilion.

Sumber: Facebook

PENJELASAN

ECRL peluang besar kepada usahawan tempatan
- Sinar Harian
Baca penjelasan di 'Sinar Harian'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Pihak pembangkang mula menyebarkan cerita bahawa pesawat yang membawa pengundi luar sudah tiba di Malaysia, sedangkan ia pesawat yang membawa kargo bukan pesawat penumpang.  Mereka berkata kononnya terdapat pesawat terbesar di dunia yang membawa 60,000 pengundi Bangladesh telah mendarat di KLIA.

 

Sebenarnya, pesawat kargo gergasi Ukraine itu sudah tidak asing bagi KLIA kerana ia pernah mendarat dua kali di sini iaitu pada 2007 dan 2016 sebagai pesawat pengangkut barangan komersial.

Sumber: Facebook

PENJELASAN

Ini rupanya pesawat terbesar dunia yang mendarat di Malaysia
- Facebook Astro Awani
Baca penjelasan di 'Facebook Astro Awani'
Pesawat terbesar dunia mendarat di Malaysia
- BERNAMA
Baca penjelasan di 'BERNAMA'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Wan Azizah ada menyebar kenyataan dalam media sosialnya bahawa kerajaan telah menghapuskan subsidi minyak masak dan gandum. Namun itu tidak benar sama sekali.

Kerana kerajaan masih menanggung subsidi barang kawalan tersebut setiap tahun. Jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan boleh dirujuk dalam kenyataan perbelanjaan kerajaan persekutuan di laman web Kementerian Kewangan Malaysia & KPDNKK

Sumber: Twitter Wan Azizah

PENJELASAN

Subsidi Minyak & Tepung
- KPDNKK
Baca penjelasan di 'KPDNKK'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Laman pro-pembangkang telah memuat naik video yang menunjukkan bahawa kertas undi sedang dibawa keluar dari lokap Balai Polis Seri Manjung. Menurut pembangkang, kertas undi tersebut cuba dimanipulasi sebelum hari mengundi

 

Walau bagaimana pun, ia merupakan fitnah yang disebarkan ketika PRU13. Menurut pihak polis, kertas undi tersebut belum digunakan dan ia perlu dihantar untuk semakan. Kertas undi tersebut perlu disemak mengukut peraturan dalam buku panduan pegawai pengurus.

Sumber: Keadilan Daily

PENJELASAN

Petugas SPR bawa kertas undi belum diguna untuk semakan - Polis
- Utusan Malaysia
Baca penjelasan di 'Utusan Malaysia'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Tular di media sosial dan aplikasi sembang Whatsapp hari ini dimana satu tangkapan layar ( Print Screen) status dari laman Facebook Dato’ Jamal Yunos dikatakan menghina kaum India di Malaysia dan sekaligus mencetuskan kemarahan masyarakat India di negara kita

PENJELASAN 

Sebenarnya laman Facebook di atas nama Dato’ Jamal Yunos berkenaan adalah palsu dan ianya telah dilaporkan semenjak 2016 lagi. Datuk Seri Jamal juga telahpun membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan laman facebook berkenaan telahpun dipadam dari Facebook.

Datuk Seri Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar hari ini juga telah tampil  membuat sidang media untuk menjelaskan perkara berkenaan dan menurutnya beliau akan sekali lagi membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai perkara itu.

PENJELASAN

SIDANG MEDIA DATUK SERI JAMAL
- FACEBOOK
Baca penjelasan di 'FACEBOOK'
Now, Jamal claims May 13 Facebook post fake
- The Malay Mail Online
Baca penjelasan di 'The Malay Mail Online'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Tular di media sosial apabila satu klip video yang mendakwa seorang pegawai meminta warga asing untuk mengundi Barisan Nasional mengundi Barisan Nasional untuk mengubah kerajaan negeri Selangor .

PENJELASAN

NAIB Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Datuk Mutalif Rahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini mendakwa difitnah di laman sosial Facebook menyatakan beliau membantu peniaga warga asing dari Bangladesh.

Mutalif ketika ditemui selepas membuat laporan berkenaan memaklumkan bahawa laporan polis itu dibuat kerana fitnah dilemparkan beberapa individu di Facebook itu jelas menjatuhkan maruah serta reputasi beliau.

keadaan sebenarnya ialah beliau membantu seorang pemilik bengkel tempatan iaitu Azmi Abdul Malik yang mengalami kerugian selepas bengkel membaiki motosikalnya terbakar dalam kejadian jam 8 pagi, Isnin lalu.

Pemilik bengkel yang dituduh bangladesh itu juga,Azmi Abdul Malik turut tampil membuat laporan polis di atas fitnah yang dilakukan oleh pemilik akaun terbabit

“Hari ini, saya datang untuk membersihkan nama saya yang dikatakan sebagai warga Bangladesh sedangkan saya adalah warganegara Malaysia ujarnya lagi.

Sumber: Facebook

PENJELASAN

PEMILIK KEDAI BUKAN BANGLA
- HARIAN METRO
Baca penjelasan di 'HARIAN METRO '
JANGAN FITNAH SAYA BANTU BANGLA UNTUK UNDI BN - MUTALIF
- YouTube
Baca penjelasan di 'YouTube '
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Tular di media sosial mengenai poster kononnya satu program yang yang memberikan 5,000 baju dalam percuma di SK Permatang Tok Kandu dianjurkan Pengerusi BN Permatang Pauh

Penjelasan 

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said  membuat laporan polis berhubung poster bantuan cermin mata pihaknya yang diubah suai menjadi bantuan pakaian dalam wanita.

Poster yang diubah suai menjadi program pemeriksaan dada secara percuma dan bentuk cermin mata diubah menjadi pakaian dalam wanita itu tular di media sosial sejak semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah itu, Mohd Zaidi berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu memalukan kaum wanita.

“Saya minta polis siasat perkara ini sehingga tertangkapnya dalang di sebalik pengubahsuaian poster itu,” katanya.

Menurutnya perkara itu juga menimbulkan kekeliruan banyak pihak dan meminta orang ramai tidak menyebarkan poster palsu itu kerana ia adalah berita tidak benar.

PENJELASAN

Poster palsu: Ketua UMNO Permatang Pauh buat laporan polis
- BERNAMA
Baca penjelasan di 'BERNAMA '
Jurutera ubah suai Poster Meminta Maaf
- Facebook Buletin TV3
Baca penjelasan di 'Facebook Buletin TV3'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Bantuan Coli 1Malaysia?

Bantuan Coli 1Malaysia?

Dalang penyebaran

Tular di media Sosial apabila satu laman Facebook telah memuat naik status dan mengepilkan satuk video dengan tajuk  “Bantuan Coli Satu Malaysia” oleh BN pada kaum wanita.

Penjelasan

Sebenarnya program itu dianjurkan oleh satu badan NGO yang diketuai oleh Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan nama Mr Kentang.

Menurut Uncle Kuan di laman Facebooknya,   Ini lah penipuan ORANG TAK ADA INTEGRITI. Penyokong Pembangkang telah viral dan kata ini adalah Pemberian BRA 10 SEN Barisan Nasional untuk pancing UNDI. Ini merupakan salah satu video milik Uncle Kuan yang dikongsi pada tahun lepas dalam projek di Pasar 10 sen. Beliau mendapat kiriman bra tersebut daripada seorang wanita Melayu yang ingin menutup kedainya  kerana menjaga emak YANG SAKIT KANSER dan ingin menghabiskan masa dengan emak yang akan meninggal dunia.

Sumber: Otai BERSIH

PENJELASAN

Penipuan Orang yang tiada Integriti
- Facebook
Baca penjelasan di 'Facebook'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Satu laman  akaun Facebook “Rafidah Aziz Malaysian Citizen” telah memuat naik status untuk membuat beberapa dakwaan mengenai perbincangan kabinet pada penghujung 2008.

Menurut akaun tersebut, pada penghujung 2008, Perdana Menteri Najib Razak, ketika itu Menteri Pertahanan, telah membawa cadangan pembangunan tanah Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara dalam keadaan yang meragukan.

Penjelasan

KENYATAAN DATUK SERI HISHAMUDDIN HUSSEIN TERHADAP TUDUHAN TAN SRI RAFIDAH AZIZ

Saya dengar apa yang Rafidah cakap semalam dan kenyataan itu adalah penuh dengan informasi yang tidak tepat dan dalam kes-kes tertentu adalah sebuah pembohongan.

Tuduhan bahawa sebuah syarikat yang diuruskan oleh tiga individu yang memiliki setiap inci aset MINDEF adalah sangat tidak tepat dan merupakan sebuah pembohongan.

Dalam surat beliau, beliau mengatakan syarikat tiga individu ini dituduh membuat keputusan terhadap tanah ATM MINDEF adalah tidak tepat dan merupakan pembohongan.

Dan tuduhannya terhadap diri saya sendiri bahawa kita akan menilai tanah MINDEF untuk projek agrikultur berskala besar juga adalah tidak tepat dan merupakan pembohongan.

Saya hanya memikirkan mengenai isu sekuriti makanan dengan Menteri Pertanian, dan itu adalah pada dua, tiga tahun yang lalu dan tidak ada apa-apa yang berlaku sejak (perbincangan) itu.

Dan saya tidak pasti apa objektif beliau untuk membuat kenyataan yang salah ini, tetapi hari ini dengan tempoh masa yang terhad untuk saya semak (kenyataan ini), ini adalah tiga jawapan yang saya boleh jawab secara terus terhadap kenyataan beliau semalam.

Saya percaya tindakan ini amatlah tidak bertanggungjawab daripada beliau, sebagai seorang ahli kabinet ketika itu yang juga merupakan sebahagian daripada pembuat keputusan ketika itu untuk membuat tuduhan dan penipuan ke atas tiga isu ini.

Jangan kaburi dengan benda-benda lain terhadap tiga isu yang menyentuh MINDEF ini. Saya tengok tindakan beliau ini tidak bertanggungjawab langsung.

Selepas ini saya akan mendapatkan jawapan daipada MINDEF. Saya akan meminta LTAT untuk menjawab dan saya telah dapatkan minit daripada Kabinet untuk melihat pertuduhan beliau.

Kita akan menyiasat secara keseluruhan pertuduhan ini.

DATUK SERI HISHAMUDDIN HUSSEIN

Fakta Tambahan

Tan Sri Rafidah Aziz mengakhiri jawatannya di dalam kabinet pada Mac 2008 sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sebelum tempatnya diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

 

Sumber: Rafidah Aziz Malaysian Citizen

PENJELASAN

Kenyataan Rasmi Menteri Pertahanan
- Facebook
Baca penjelasan di 'Facebook'
Senarai Menteri Kabinet
- Utusan
Baca penjelasan di 'Utusan '
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Ketua angkatan Muda Keadilan memuat naik status di FB milik beliau yang menyatakan “Kutipan GST hanya untuk selamatkan Najib daripada terjerumus dalam hutang-hutang yang dibuat olehnya. Najib tindas rakyat demi kepentingan”

Jawapan

GST tidak digunakan untuk membayar hutang syarikat 1mdb kerana hutang 1MDB diuruskan sendiri syarikat berkenaan melalui aset-aset miliknya.

Sepanjang pengenalan gst dari tahun 2015 – kutipan GST pada tahun terbabit adalah 27.1b, 2016 – 41.2b dan tahun 2017 adalah 44.b B, Sementara bagi 2018, kutipan yang diangarkan adalah rm  45B.

Malahan Perdana Menteri dan Kabinet secara konsisten menyatakan KUTIPAN GST DIKEMBALIKAN SEMULA KEPADA RAKYAT.

Mengenai hutang Negara pula, Perdana menteri yang juga menteri kewangan pada sesi parlimen mac 2018  lalu berkata bahawa hutang negara diuruskan dengan baik dan ini terbukti dengan negara mendapat penarafan yang baik daripada agensi penarafan antarabangsa.

“Soal hutang diuruskan dengan baik kerana peratusan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) telah  dikurangkan daripada 55 peratus kepada 50.8 peratus dan jumlah keseluruhan hutang makin menguncup.

“Ini bukan  soal hutang tapi kemampuan kita bayar balik. Kemampuan kita bayar balik tidak boleh  dipersoalkan kerana badan penarafan antatrabangsa beri kita ketegori A.

“Jadi, hutang negara kita memang diuruskan dengan baik dengan harapan masalah air di Selangor juga diselesaikan dengan baik,”

 

 

 

 

Sumber: Facebook Nik Nazmi

PENJELASAN

Hutang Negara
- BERNAMA
Baca penjelasan di 'BERNAMA'
Kutipan GST dikembalikan Kepada Rakyat
- Astro Awani
Baca penjelasan di 'Astro Awani '
Temubual bersama CEO 1MDB
- YouTube
Baca penjelasan di 'YouTube'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Seorang pemimpin parti pembangkang telah memuat naik status di laman Twitternya dengan mengepilkan video yang menyatakan Timbalan Presiden MCA itu telah di sorak “boo” ketika di Johor.

Video yang sama turut dimuat naik oleh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen PKR sebelum beliau mengemaskini statusnya tanpa membuang ayat asalnya yang turut menyatakan kejadian itu berlaku di Johor

 

Sebenarnya pembangkang mengitar semula video tahun 2012 dimana  Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang ketika itu Timbalan Menteri Pendidikan telah dihantar oleh Menterinya ketika itu , Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menghadiri perhimpunan Dongdong’s dan beliau sendiri telah membalas ciapan yang dilakukan oleh Rais Hussin, Ahli Majlis Tertinggi PPBM, dilaman twitter beliau

PENJELASAN

Balasan twitter oleh YB Wee Ka Siong terhadap kenyataan berikut
- Twitter
Baca penjelasan di 'Twitter '
YouTube
- YouTube Astro Awani
Baca penjelasan di 'YouTube Astro Awani '
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Menteri Pendidikan menjelaskan dakwaan bahawa kerajaan mengenepikan kepentingan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil sepertimana yang hangat diperkatakan adalah tidak benar

Sejak tahun 2010, kerajaan sentiasa memastikan agihan peruntukan bantuan persekolahan diberikan kepada semua jenis sekolah di negara ini disalurkan secara adil tanpa berlaku sebarang ‘pilih kasih’.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dakwaan kerajaan mengenepikan kepentingan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil selama ini tidak tepat kerana kesemua sekolah jenis itu menerima peruntukan RM50 juta setiap tahun.

Menurutnya, peruntukan itu diagihkan dengan nilai amaun sama dengan sekolah agama rakyat, sekolah masyarakat Orang Asli, sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah lain di seluruh negara.

PENJELASAN

Agihan sama rata semua sekolah
- Sinar Harian
Baca penjelasan di 'Sinar Harian'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Pembangkang menyebarkan berita bahawa RM1 bilion telah dijumpai dalam kapal mewah The Equanimity yang dirampas oleh kerajaan Indonesia. Kapal tersebut dikatakan dibeli dengan duit 1MDB namun tiada bukti yang ditunjuk oleh pembangkang.

Bukan itu saja, berita RM1 bilion dijumpai dalam kapal tersebut adalah palsu, dan pembangkang menggunakan gambar yang dikitar semua sejak tahun 2015. Malah, kerajaan Indonesia juga menafikan berita palsu ini, dan menurut mereka tiada sebarang penemuan wang tunai dijumpai dalam kapal tersebut.

PENJELASAN

Kerajaan Indonesia nafi temui wang RM1 bilion dalam kapal mewah 'The Equanimity'
- Berita Harian
Baca penjelasan di 'Berita Harian'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

DBKL telah mengumumkan kos laluan basikal di Kuala Lumpur adalah berjumlah RM4 juta, namun media Harian Metro telah tersilap taip dengan meletakkan RM4 bilion sebagai kos laluan basikal tersebut. Harian Metro sudah membetulkan kesilapan tersebut, namun kesilapan di salinan bercetak tidak dapat diperbetulkan.

Pembangkang mempergunakan kesilapan tersebut dan menyebarnya seolah-olah DBKL menggunakan peruntukan yang banyak untuk membina laluan basikal tersebut.

PENJELASAN

Berita mengenai kos laluan basikal DBKL
- Harian Metro
Baca penjelasan di 'Harian Metro'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Tanah Pangkalan Udara TUDM Sg Besi telah difitnah, kononnya sudah dijual kepada China. Tanah berkenaan dirancang untuk dibangunkan dalam projek Bandar Malaysia.

Faktanya, tanah berkenaan adalah 100% milik Kementerian Kewangan Malaysia, berikutan pembatalan perjanjian jual beli saham kepada IWH-CREC Sdn Bhd (konsortium kerjasama antara 60% Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dengan 40% China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd). Perjanjian ini telah terbatal berikutan IWH-CREC Sdn Bhd gagal untuk menjelaskan bayaran.

Sekiranya perjanjian jual beli saham tersebut berjaya, China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd memiliki hanya 24% daripada tanah berkenaan. Ini tidak bermaksud ia telah dijual kepada China. Syarikat Malaysia masih menguasai 76% daripada tanah tersebut.

Sumber: Facebook

PENJELASAN

Perjanjian jual beli saham Bandar Malaysia terbatal
- Astro Awani
Baca penjelasan di 'Astro Awani'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Pembangkang berkongsi satu gambar di mana sebuah kereta Polis DiRaja Malaysia mempunyai logo Polis China. Kata mereka, China kini telah masuk Malaysia dan menguasai negara bukan sahaja dari sudut ekonomi tetapi dari sudut keselamatan.

Cerita sebenar adalah kenderaan yang digunakan untuk sebuah rakaman filem. Malahan, ada van di belakang kereta itu yang mempunyai logo  ‘CINERENT’.  Cinerent adalah agensi yang bagi sewa barang untuk movie atau drama.

 

Sumber: Facebook

PENJELASAN

Kenyataan Media Polis DiRaja Malaysia
- Facebook
Baca penjelasan di 'Facebook'
FacebookTwitterEmailWhatsappTelegramWeChat
  BACA SELANJUTNYA

Penafian

Segmen menjawab fitnah ini adalah bertujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita membabitkan politik yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Ianya adalah dihasilkan oleh pasukan penyelidik kami dan jawapan-jawapan yang digunakan adalah dari sumber yang terbuka seperti mana yang terdapat di laman-laman sesawang lain.

Maklumat ini benar setakat masa yang kami terbitkan serta maklumat yang berada didalam pengetahuan pihak kami dan boleh diakses di laman-laman sesawang.

Peta Pembangunan