LANGKAH REGRESIF DAN TERKEBELAKANG UNTUK SATU LAGI PROJEK KERETA NASIONAL – KJ

Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa negara bakal memulakan sebuah lagi projek kereta nasional disifatkan sebagai satu langkah regresif dan terkebelakang.

Pandangan itu disuarakan oleh Ketua Pemuda BN , Khairy Jamaluddin yang tidak nampak ia memberi manfaat kepada rakyat, ekonomi negara dan alam sekitar melainkan projek tersebut menghasilkan kereta elektrik sepenuhnya.

Lebih-lebih lagi, kata beliau, projek itu juga bakal menelan belanja besar kepada kerajaan yang sepatutnya boleh disalurkan untuk pembangunan projek pengangkutan awam.

Khairy yang juga Ahli PArlimen Rembau berkata “Sejak 1984, kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan kewangan merangkumi pinjaman mudah dan geran berjumlah RM15.3 bilion kepada Proton.

“Projek kereta nasional seperti ini juga akan menambah kos kepada rakyat melalui duti eksais mencecah sehingga 105 peratus yang membebankan pengguna yang ingin membeli kereta jenama selain kereta nasional,” kata Khairy menerusi kenyataan dalam laman Facebook, hari ini.

Dr. Mahathir dalam sesi dialog Persidangan Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Jepun hari ini membayangkan Malaysia bakal memiliki projek kereta nasional kedua setelah pemilikan Proton kini sebahagiannya telah dijual kepada syarikat China, Geely.

Pengumuman Dr. Mahathir itu dibuat ketika kerajaan tadbiran beliau membatalkan projek pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa 3 (MRT 3)

Berita Terkini

Peta Pembangunan