BAGAIMANA SEORANG YANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DILANTIK MENTERI

Pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan terus dipersoal memandangkan Setiausaha Agung DAP itu ketika ini menghadapi pendakwaan di mahkamah kerana kes rasuah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keputusan melantik Guan Eng itu menimbulkan tanda tanya terhadap integriti dan kredibiliti sebuah kerajaan yang sebelum ini menjanjikan di dalam manifestonya untuk memerangi rasuah secara habis-habisan lapor Utusan hari ini.

“Ya betul beliau belum didapati bersalah tetapi bukankah Guan Eng sedang dibicara? Beliau ada kes dan ada pertuduhan melalui bukti-bukti yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kini rakyat berhak merasa bimbang apakah proses pendakwaan Guan Eng akan digugurkan untuk menghalalkan pelantikan beliau sebagai Menteri Kewangan,” katanya dalam satu  kenyataan

Berita Terkini

Peta Pembangunan