KENYATAAN MAHATHIR AKAN TERUS SOKONG INISIATIF BELT AND ROAD CHINA CETUS TANDA TANYA

Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai sokongannya terhadap inisiatif ‘Belt and Road’ China membantu mengulangi dasar pro-perniagaan kerajaan yang baharu dan meneruskan kesinambungan dalam mengukuhkan hubungan persahabatan antara China dan Malaysia menimbulkan tanda tanya hari ini.

Jika sebelum PRU ke 14 yang lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menekankan mengenai keperluan mengkaji semula projek modal China di negara ini, terutama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menyebabkan pergolakan dalam kalangan syarikat China dan peningkatan tuduhan anti-China.

Perkara ini jelas di dalam banyak ucapannya serta pelbagai tuduhan lain yang kononnya Kerajaan Barisan Nasional ketika itu kononya menjual kedaulatan negara kepada China termasuk videonya yang melawat projek MCKIP di Kuantan pada Oktober 2017 lalu.

Memetik laporan yang diterbitkan oleh Portal Berita Harian hari ini , perwakilan MCCC yang diketuai Yew Sing membuat kunjungan hormat kepada Dr Mahathir di mana kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu berkaitan syarikat dan pendidikan China.

Pada mesyuarat itu, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak menentang syarikat China dan hubungan rapat yang diwujudkan dengan negara itu.

Berita Terkini

Peta Pembangunan