BARISAN NASIONAL AKAN TERUSKAN PERJUANGAN, RAKYAT KINI TUNTUT JANJI KERAJAAN PH

Pilihanraya ke-14 yang berlangsung baru-baru ini merupakan satu tamparan hebat bagi parti kita yang berjaya memerintah dari kemerdekaan sehinggalah kita tewas di dalam pembentukan kerajaan persekutuan namun kita berjaya mengekalkan beberapa buah negari.

Tempoh bertenang ini sedang kita gunakan untuk merangka strategi untuk memastikan segala undi rakyat yang telah berjaya kita kecapi akan diterjemahkan melalui wakil-wakil kita sama ada di Peringkat Persekutuan serta peringkat Kerajaan Negeri.

Percayalah Parti Barisan Nasional tidak akan berdiam diri dan akan mengalah, rakyat berhak menghukum kita dan kita harus menerima hakikat ini namun perjuangan kita masih belum selesai.

Kami akan kembali dengan ikatan yang lebih kukuh, dan kita akan menjadi sebuah parti yang lebih kuat selepas ini.

Percayalah, kekalahan kita hari ini adalah merupakan kemenangan kita yang tertangguh. Kami tidak akan khianati undi yang telah diberikan kepada wakil-wakil kami. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua jentera parti yang telah bekerja keras sepanjang Pilihanraya ke 14 ini berlangsung.

Rakyat  tetap Didahulukan dan kami akan kembali selepas ini dengan nafas baru dan wajah baru

Berita Terkini

Peta Pembangunan