BARISAN NASIONAL MENJADI PILIHAN PENIAGA INDIA

 

Persatuan Peniaga India di negara ini berjanji untuk memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), berdasarkan keyakinan bahawa hanya BN sahaja yang akan membela nasib masyarakat India, termasuk para peniaga.

Presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia (MAICCI) Tan Sri Dr K. Kenneth Eswaran berkata persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat yang diadakan dua minggu lepas yang dihadiri anggota persatuan berkenaan.

“Peniaga kaum India 100 peratus akan memilih pemimpin yang akan menjaga perkembangan ekonomi negara. kalau politik bagus, ekonomi negara juga akan bagus.

“Kalau salah pilih pemimpin, rakyat akan susah. Banyak syarikat akan tutup dan rakyat akan kehilangan kerjaya. Ini adalah antara masalah yang akan timbul jika salah memilih pemimpin,” katanya kepada pemberita selepas Majlis MAICCI bersama masyarakat India di sini, hari ini.

Menurut Kenneth, kesemua peniaga India telah pun melihat komitmen BN dalam membela nasib mereka selama ini dan menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang telah banyak berusaha meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

Transformasi terhadap sekolah jenis kebangsaan Tamil, kuil-kuil yang telah dibina, membantu NGO India, dan sedia untuk mendengar masalah kaum India.

“Justeru, saya berharap agar masyarakat India di negara ini pandai-pandailah memilih dan meneliti semula sumbangan yang telah diberikan oleh beliau dalam mengangkat martabat kaum India.

“Jangan tertipu dengan semua pembohongan pembangkang yang hanya tahu bercakap kosong sahaja,” kata beliau.

Berita Terkini

Peta Pembangunan