Pembangunan Kepong Jasa Barisan Nasional

 SJ 007.JPG

Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata pembangunan pesat di Kepong sehingga menjadi metropolitan kecil yang maju merupakan hasil daripada usaha BN, yang sentiasa komited dalam menaik taraf prasarana dan kemajuan meski di kawasan yang bukan di bawah pemerintahan parti kerajaan.

Tambahan beliau lagi, kemelut dalam DAP diantara Setiausah Agung DAP Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw menyebabkan kegagalan parti berkenaan untuk memberi perhatian dalam merencana pembangunan Kepong.

“Tanpa kerja keras BN, kawasan Parlimen itu tidak ubah seperti bandar yang ‘mati’ kerana tiada pembangunan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen sedia ada.

“Kita tengok sekian lama Parlimen Kepong di bawah DAP, tiada sumbangan yang mereka lakukan malah tidak membawa apa-apa kemajuan. Semua pembangunan adalah hasil perjuangan BN, itulah realiti dan faktanya.”

Berita Terkini

Peta Pembangunan