Allahyarham Abdul Manan Banyak Beri Sumbangan Kepada Rakyat – Najib Razak

 Manan 001.JPG

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bekas anggota Parlimen Paya Besar bagi penggal kedua Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail merupakan seorang pemimpin yang banyak memberi sumbangan kepada parti dan kepada rakyat sebagai anggota Parlimen.

Berkata selepas menziarahi jenazah Allahyarham di Taman Melawati, Kuala Lumpur, Najib berkongsi perasaan sedih beliau diatas kehilangan Abdul Manan yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulitnya ketika beliau memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

“Saya amat mengenalinya dengan rapat dan lama.

“Saya terasa sangat dengan ketiadaan beliau bukan sahaja sebagai anggota Parlimen tetapi sahabat yang begitu rapat dengan saya dan keluarga.”

Allahyarham Abdul Manan meninggal dunia pada jam 6.45 petang selepas terjatuh di dalam bilik air di kediaman beliau di Taman Melawati.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate.

Berita Terkini

Peta Pembangunan