PBB Mampu Kekal Prestasi A+

 PBB 0012.JPG

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan keyakinan akan keupayaan Barisan Nasional (BN) Sarawak terutama PBB yang diterjaui Yang DiPertua PBB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg untuk mengekalkan keputusan ‘A+’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Kita akan pastikan BN Sarawak dan PBB bukan sahaja memperoleh majoriti lebih besar, bahkan mandat penuh rakyat bagi membentuk kerajaan yang kuat dan utuh dalam membawa negara ke era masa depan yang lebih cemerlang.

“Sudah pasti PBB yang kini dipimpin kapten baharu, Datuk Abang Johari kekal menjadi benteng kekuatan BN di Sarawak.”

Berucap ketika merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Najib turut menyatakan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut beliau, sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi akan ditubuhkan untuk berbincang dengn jawatankuasa peringkat tinggi kerajaan Sarawak.

“Runding baik-baik, cari penyelesaian, semua boleh bincang.” 

Berita Terkini

Peta Pembangunan