Bekas Exco PPBM Desak ROS Lakukan Siasatan Segera

Screen Shot 2018-02-08 at 10.44.15 AM copy.jpg

 

Pendaftar Pertubuhan (ROS) digesa menyiasat aduan dan mengambil tindakan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) tanpa mematuhi perlembagaannya.

Bekas EXCO Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM, Muhamad Hafiz Azhar, berkata mereka tidak berpuas hati dengan ROS, yang dilihat masih belum mengambil tindakan terhadap PPBM, selain memberi tempoh dua minggu kepada ROS untuk bertindak.

“Jika mereka gagal bertindak dalam tempoh dua minggu ini, kami akan mengadakan protes di luar ibu pejabat PPBM.

“Siasatan mengambil masa terlalu lama dan kami percaya ada yang tidak kena dalam hal ini,” katanya lapor Bharian semalam. 

Seorang lagi bekas EXCO Armada, Abd Wahazir Abd Wahabi, berkata ROS tidak sepatutnya memberi alasan mengenai kelewatan itu kerana bukti sudah diberikan kepada mereka.

“Saya menyerahkan semua dokumen yang mereka perlukan dan apabila saya bertanya mengenai perkembangan siasatan, mereka mendakwa dokumen berkenaan sudah hilang.

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Bagaimana dokumen itu boleh hilang? Adakah mereka dibayar sesetengah individu di ROS untuk menghapuskan bukti?” katanya.

Seorang lagi bekas EXCO Armada, Muhammad Taufik Abas, turut menafikan tindakan sabotaj dalam kalangan ahli parti seperti didakwa dalam kenyataan Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, laporan sudah dibuat dan setiap peraturan yang ditetapkan ROS sudah dipatuhi, tetapi ROS enggan mengakui usaha mereka, malah mendakwa kehilangan bukti.

Katanya, kelewatan ROS untuk bertindak dipercayai disebabkan ada individu dari dalam yang cuba mengugut ROS atau menawarkan rasuah bagi memastikan kes itu tidak diteruskan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata, ROS perlu melihat semua aduan dan 47 daripada 249 aduan mempunyai elemen pelanggaran perlembagaan serta peraturan PPBM.

Katanya, ROS melaksanakan tugasnya secara profesional, tanpa kepentingan dengan mana-mana organisasi.

Berita Terkini

Peta Pembangunan