WAKIL RAKYAT CINA PENTING DALAM KERAJAAN – SIM KUI HIAN

Selaku Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dr Sim Kui Hia mengesa masyrakat Cina di Sarawak agar membuat pilihan yang bijak untuk memilih perwakilan yang boleh memastikan kepentingan komuniti dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11)

Sebagai satu-satunya parti komponen BN dengan wakil kaum Cina yang ketara. Maka penting kepada SUPP untuk terus mempunyai wakil yang bermakna dalam kerajaan negeri selepas pilihan raya ini.  

“Adalah penting untuk masyarakat Cina mempunyai wakil dalam kerajaan bagi membawa permintaan mereka di Persidangan DUN.

“Saya menggesa secara serius kepada pengundi Cina supaya menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menilai betapa pentingnya mereka mempunyai perwakilan bagi memastikan kepentingan komuniti itu tidak diabaikan dan dilupakan dalam proses menggubal dasar-dasar negeri,” katanya.

Dr Sim berkata apabila SUPP berada dalam kerajaan, parti itu dapat berusaha ke arah membawa lebih banyak kemajuan ekonomi dan pembangunan infrastruktur kepada rakyat dan komuniti itu.

Pada masa ini, katanya, wujud kekurangan ketara wakil kaum Cina dalam kerajaan negeri dan SUPP mahu memainkan peranan yang lebih bermakna bagi memastikan suara pengundi parti itu didengar dengan kuat dan jelas.

“Sarawak merupakan negeri pertama mengiktiraf kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan ini membuktikan dengan kerajaan negeri yang kuat kita boleh berjuang untuk apa yang kita mahu.

“Kita mesti memberi sokongan padu kepada Adenan kerana beliau telah meletakkan asas bagi dasar-dasar yang mesra dan memberi manfaat kepada masyarakat Cina.

Daripada 82 kerusi, SUPP bertanding di 13 kerusi pada pilihan raya negeri pada 7 Mei ini.

Berita Terkini

Peta Pembangunan