Malaysia dipandang tinggi kerana statusnya sebagai sebuah negara Islam yang dihormati, progresif dan menjadi model kesederhanaan. Sebagai sebuah negara merdeka, kita akan terus menyokong agenda untuk mewujudkan keamanan global, kemakmuran melalui kesederhanaan, bagi mengurangkan pengaruh golongan ektremis yang mahu merosakkan keamanan antarabangsa, persefahaman budaya dan keharmonian antara agama. Kita telah menegaskan berkali-kali bahawa kita komited untuk mengotakan kata-kata kepada tindakan bagi mencapai keamanan sejati yang berterusan.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:

  • Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.
  • Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.
  • Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.
  • Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan Negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.
  • Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategic politik, ekonomi dan keselamatan kita.
  • Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.
  • Memperbanyakkan program ‘outreach’ kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.

Setakat ini, kami telah:

  • Mendapat pengiktirafan dan perakuan daripada ASEM, CHOGM dan ASEAN untuk Gerakan Kesederhanaan Global.
  • Membuktikan komitmen kita kepada perjuangan Palestin melalui program-program kemanusiaan kita.
  • Menjadi orang tengah dalam menandatangani Rangka Kerja Perjanjian Damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
  • Membantu Kerajaan Thailand dalam menstabilkan keselamatan dan membaiki pembangunan sosioekonomi melalui kerjasama bilateral.
  • Menubuhkan Universiti Xiamen China dan melancarkan Taman Perindustrian Malaysia-China di Kuantan.
  • Menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (CECA) dengan India melibatkan dagangan keseluruhan berjumlah AS$15 bilion.