Hari ini, lebih daripada 70 peratus penduduk Malaysia tinggal di kawasan bandar. Kerajaan BN telah memulakan, malah akan melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan struktural besar bagi menangani corak populasi semasa.

Lebih banyak langkah akan diambil untuk memastikan pusat bandar dibangunkan secara sistematik dan terancang bagi mengekalkan kualiti hidup mereka yang tinggal di bandar.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:

  • Menstrukturkan semula Kerajaan termasuk mewujudkan Kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar
  • Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan
  • Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar
  • Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam
  • Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja
  • Menyediakan kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar
  • Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi
  • Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan
  • Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan

Setakat ini, kami telah:

  • Membuka 3 Anjung Singgah yang menyediakan perlindungan sementara, makanan dan rundingan kerjaya kepada golongan gelandangan
  • Membuka 6 lagi Anjung Singgah di kawasan bandar
  • Menambah peruntukan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia kepada RM40 juta pada 2013
  • Membuka Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk memastikan kelancaran perkhidmatan awam dan swasta di Kuala Lumpur, Melaka dan Ipoh
  • Membuka 6 lagi UTC di Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching
  • Melaksanakan Skim Insurans Berkelompok penjaja dan peniaga kecil