12 Januari 2018

 ZH Penjara.JPG

TImbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan arahan menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berjumpa Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.

Menyangkal dakwaan bahawa kononya beliau telah mengeluarkan larangan di atas kapasiti sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid menegaskan  “saya tidak menyentuh perkara-perkara operational. Maknanya, bukan kerana (arahan) menteri.

“Kuasa itu ada pada dia (Pengarah Penjara Sungai Buloh).”

Tambahan beliau, lawatan sebegini memerlukan permohonan dan kelulusan yang terletak pada budi bicara pihak Jabatan Penjara Malaysia.

Ketua Pengarah Pejnara Datuk Seri Zulkifli Omar turut menjelaskan bahawa Jabatan Penjara dan Penjara Sungai Buloh tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada Dr Mahathir untuk melawat Anwar.

Beliau berkata lawatan khas antara banduan dan pihak tertentu adalah dipertimbang berdasarkan Akta Penjara 1995, Peraturan-peraturan Penjara 2000 dan Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara.

“Setiap permohonan bagi tujuan perjumpaan ini akan dipertimbangkan antaranya sebagai mendesak dan mustahak. Pertimbangan akan dibuat oleh pegawai yang menjaga (pengarah) sesebuah penjara.”