13 September 2017

 FW627799_KD62_120917_TAHLIL_-scr.jpg

 

Majlis tahlil sempena kemangkatan Sultan Kedah Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah diadakan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit malam tadi

Majlis itu, yang bermula pada 9 malam, dipimpin Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang selepas selesai solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim.

Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku Salehuddin berangkat menghadiri majlis itu.

Turut hadir adalah barisan Exco kerajaan negeri dan seramai 200 pelajar Mahad Tahfiz As- Shatire Sungai Dedap, Yan.

Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit pada 2.30 petang semalam. Baginda berusia 89 tahun.

Jenazah Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Langgar kira-kira 4 petang semalam.

Almarhum yang memerintah Kedah selama 59 tahun mencatat sejarah dengan menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-5 dari 21 Sept 1970 hinggga 20 Sept 1975 dan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dari 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016.

Adinda Almarhum Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah ditabalkan  sebagai Sultan Kedah yang ke 29