05 Disember 2017

FW648507_PAU82_041217_PAU_2017-scr.jpg

 

Pusat Dagangan Dunia Putra membuka tirainya kepada 5,739 anggota perwakilan UMNO yang berkampung bagi mengikuti Perhimpunan Agung terakhir parti itu sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).



Seperti kelazimannya, hari pertama perhimpunan itu akan menyaksikan anggota perwakilan menghadiri majlis taklimat tertutup Presiden UMNO yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan amanatnya termasuk tentang persiapan PRU14.



Acara penting pada hari pertama perhimpunan itu turut melibatkan perasmian serentak tiga sayap UMNO iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bagi menyuntik kesiagaan dalam menghadapi PRU14 pada malam nanti. 



Selain itu, Laman Media yang menempatkan 1800  wakil-wakil media yang membuat liputan sepanjang perhimpunan agung UMNO dan mini konvesyen penerangan parti juga sudahpun dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi. 



Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan berlangsung sehingga 9 Dis ini.