10 Februari 2018

 PBB 0012.JPG

Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  memuji permuafakatan parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan menyatakan bahawa ia wajar dijadikan contoh.

“Dengan permuafakatan yang cukup erat dalam parti ini sehingga saya melihat di dalam PBB ini tidak ada ‘gap’.

“Keindahan inilah antara ciri teristimewa pada PBB.

“Saya melihat PBB boleh menjadi model contoh sebuah parti.

Najib menyatakan bahawa untuk sudah tiba masa untuk Malaysia maju ke hadapan.

“Kalau nak berbicara mengenai masa depan, kena lihat pada kemimpinan yang mampu bawa kita ke masa hadapan.

“Alhamdulillah we have that leadership.

“Yang boleh mentadbir negeri dan memberikan masa hadapan yang anda mahukan untuk Sarawak.”

Berucap ketika merasmikan Perhimpunan Agung PBB ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Najib turut berkata PBB sudah bersedia untuk hadapi Pilihan Raya ke 14 akan datang.

“PBB sudah bersedia untuk bertempur habis-habisan.

“Teruskan perjuangan ini dan kekalkanlah momentum kekuatan parti PBB dalam keluarga besar BN.

"Saya yakin  Bumi Kenyalang ini akan kekal dalam tangan BN sebagai benteng politik Sarawak.”