12 Ogo 2017

FW609344_SB08_110817__DAULAT-scr.jpg

 

Penganugerahan Battle Honour 'Daulat Feb 2013' bukan sekadar upacara simbolik tetapi ia bertujuan untuk mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah tentang keselamatan dan pertahanan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata majlis yang diadakan julung kalinya itu mempunyai erti yang tersendiri bagi mengingatkan seluruh rakyat tentang bagaimana susahnya pasukan keselamatan yang terlibat dalam Op Daulat menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu pada Februari 2013.

"Untuk memastikan kedaulatan dan maruah Malaysia yang merdeka ini tidak tercemar, mereka (pasukan keselamatan) terpaksa berkorban keringat, air mata dan darah demi memastikan negara tetap dalam keadaan aman dan selamat, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penganugerahan Battle Honour 'Daulat Feb 2013' di Padang Merdeka, Kota Kinabalu malam tadi.

Dalam pada itu Hishammuddin berkata Trilateral Air Patrol (TAP) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina di Laut Sulu akan dilancarkan di Pangkalan Udara Subang dalam masa terdekat.

Beliau berkata TAP adalah antara inisiatif yang dilaksanakan bagi mempertingkatkan pengawasan keselamatan dan kesiapsiagaan ruang udara dan maritim agar militan termasuk Daesh tidak menjadikan Laut Sulu sebagai laluan tikus untuk menceroboh masuk ke Malaysia