17 Julai 2017

pm_MRT.jpeg

 

Projek MRT SBK merupakan 'Langkah Kajang' yang sebenar kerana ia beri manfaat kepada rakyat kata Perdana Menteri di hadapan lebih 20,000 rakyat yang membanjiri perkarangan stadium Kajang hari ini. 

Perdana Menteri yang tiba kira-kira jam 12.30 di Stesen Stadium Kajang dimana beliau sebelum itu merasmikan pembukaan secara rasmi perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh - Kajang ( SBK) yang berharga 21 billion itu.

Ketika merasmikan projek MRT sejauh 51 kilomiter itu di stesen TRX di Kuala Lumpur ,Perdana Menteri berkata dengan siapnya projek ini ianya  memberi satu kepuasan peribadi pada dirinya kerana dapat beri salah satu kehendak rakyat.

“Saya masih ingat ketika menggalas mula-mula menjalankan  tugas sebagai Perdana Menteri antara keptusan paling awal kita buat adalah kenal pasti bahawa apa sebenarnya kehendak rakyat, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir.

Menurut beliau pembinaan MRT itu adalah satu satu darinya.

“Ini merupakan satu detik yang amat bersejarah di Malaysia, tanggal 17 Julai 2017, hari ini kita menyaksikan pembukaan rasmi laluan MRT Sungai Buloh Kajang, ini benar-benar the real Kajang Move,” katanya.

Semua orang tentu boleh ingat Kajang Move bagi pembangkang ialah langkah politik untuk singkir Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor untuk letak…asalnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti.

Perdana Menteri turut mengumumkan perkhidmatan MRT percuma bermula jam empat petang ini sehingga 12 malam dan diskaun tambang sebanyak 50 % bagi pengguna MRT, LRT,BRT dan Monorel yang bermula esok hari ( 18/7) sehingga 31 Ogos nanti.  

Perdana Menteri kemudiannya menyerahkan sijil kepada 52 peserta Program Usahawan Muda MRT Kedua (MYEP II) kepada siswazah Bumiputera yang menamatkan latihan amali selama setahun bagi memperoleh kemahiran dan pengetahuan industri pembinaan,.

Program tersebut merupakan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan sumbangan kad MyRapid Touch 'n Go kepada 20 daripada 100 penerima yang mewakili golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

MRT Laluan SBK mempunyai 31 stesen dengan 19 stesen baharu bagi fasa kedua, di mana tujuh merupakan stesen bawah tanah.

Projek mega infra rakyat itu yang menelan belanja RM21 bilion bakal merubah corak hidup bagi kira-kira 1.2 juta penduduk yang tinggal di sepanjang koridor 51km laluan tersebut.

Perkhidmatan, yang akan beroperasi mengikut kekerapan setiap 3.5 minit ini, mempunyai empat gerabak dapat memuatkan seramai 1,200 penumpang bagi satu perjalanan. Dianggarkan sebanyak 400,000 penumpang sehari akan menggunakan pengangkutan moden ini.