10 November 2017
penyakit1.jpg_1510203510.jpg
 
Tidak ada modal untuk menyalahkan pihak lain, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seolah-olah menuding jari kepada Kedah pula ekoran  kejadian banjir yang menimpa negeri itu, Sabtu lalu sehingga menyebabkan lebih 100 kawasan dinaiki air dan menyebabkan tujuh individu terkorban.
 
Guan Eng berkata, kejadian banjir yang membimbangkan di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) sepatutnya berakhir kerana fenomena hujan lebat telah berhenti, namun bencana berkenaan masih belum selesai kerana menerima limpahan air dari Kedah.
 
Menurut beliau, air banjir kira-kira setinggi tiga kaki itu telah menyebabkan lebih 12,500 mangsa dari 35,000 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
 
“Keadaan banjir di kebanyakan tempat di negeri ini sudah mulai surut melainkan beberapa kawasan di SPU dan SPT yang menerima air dari Kedah. Banjir di negeri itu (dan melimpah ke negeri ini) merupakan faktor yang besar katanya seperti yang dilaporkan portal Utusan semalam. 
 
“Selama ini Pulau Pinang perlu bayar untuk bekalan air yang dibekalkan Kedah. Adakah kali ini mereka akan bayar kepada kita untuk limpahan air (banjir) ini juga? Apa lagi kita boleh buat? Itulah bala yang terpaksa dihadapi negeri ini,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)semalam. 
 
Pada masa sama, Guan Eng turut menyalahkan Jabatan Meteorologi yang didakwanya gagal memberi amaran awal kepada penduduk negeri ini apabila mengumumkan amaran merah pada pukul 9.30 malam, 4 November lalu iaitu beberapa jam sebelum bencana berlaku.