17 Feb 2017

Datuk_Hamzah_Zainudin.transformed.transformed.jpg

Kekurangan bekalan minyak masak di beberapa negeri yang sedang melanda ketika ini berpunca daripada kegagalan syarikat pembungkusan untuk mengemukakan dokumen yang lengkap bagi proses tuntutan subsidi menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut Hamzah, beliau telah mengemukakan perkara tersebut kepada Menteri Kewangan II DAtuk Seri Johari Abdul Ghami untuk bersama menyelesaikan permasalahan yang melibatkan proses pengambil-alihan KPDNKK untuk menyelesaikan dan membayar terus kepada syarikat pembungkusan.

"Ada sedikit masalah teknikal seperti borang (tuntutan daripada syarikat pembungkusan) tidak lengkap.

"Saya sudah pun berbincang dengan Menteri Kewangan II untuk membantu masalah ini, KPDNKK akan ambil alih untuk menyelesaikan dan membayar terus kepada syarikat pembungkusan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu kekurangan minyak masak di pasaran