16 Feb 2017

maxresdefault_1.jpg

 
Kami merujuk kepada laporan media sosial Malaysiakini hari ini (16.02.2017) menyatakan bahawa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berserta 7 individu yang lain telah disaman oleh Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim sebanyak RM20 juta. Setakat jam 7pm hari ini 16.02.2017, saman tersebut tidak lagi diserahkan ke atas mana-mana pihak.  
 
Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan umum, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) terlebih dahulu pada 29.11.2016 telah menyaman kedua-dua Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim tersebut yang merupakan pengarah-pengarahnya melalui Writ Saman No. WA-22NCC-404-11/2016 secara tindakan terbitan (derivative action) di mana perintah injunksi diperolehi bagi membekukan kesemua akaun bank Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim untuk melindungi dan memelihara harta, aset-aset serta kepentingan PEMANGKIN.

Pada 23.01.2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga di dalam kes yang sama, telah memberikan kebenaran memulakan prosiding untuk mengkomitkan ke penjara (commit to prison proceeding) terhadap Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim di atas keingkaran mereka bagi mematuhi perintah Mahkamah mengarahkan mereka menyatakan aset-aset kepunyaan mereka dan PEMANGKIN. 

Memandangkan setakat ini pihak kami masih belum diserahkan dengan writ saman tersebut, kami tidak mengetahui apakah kausa tindakan (cause of action) terhadap kami dan memohon agar ianya dapat diserahkan dengan serta merta bagi membolehkan membersihkan nama kami di Mahkamah dengan secepat mungkin. Kami juga mempunyai keyakinan penuh dengan sistem kehakiman negara serta percaya keadilan sentiasa ditegakkan.   

KETUA PENGARAH YaPEIM
DATO’ ABIBULLAH HJ. SAMSUDIN