16 Feb 2017

_R1C0563.jpg

Kabinet telah menyatakan persetujuan untuk penubuhan satu pasukan bertindaka khas atau Special Task Force (STF) yang mengabungkan pakar-pakar di dalam perlbagai bidang untuk memulakan siasatan awal terhadap kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia sekitar tahun 1990-an.

Menurut Pejabat Perdana Menteri di dalam sebuah kenyataan, pasukan tersebut akan mengemukakan syor dan cadangan untuk pertimbangan Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuklan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), sekiranya perlu.

"Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti," kata kenyataan itu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri lagi, kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus dalam siasatan itu memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar.

"Penubuhan pasukan petugas khas ini merupakan langkah permulaan bagi mendapatkan semula fakta-fakta yang berkaitan - menganalisis semua Hansard rasmi mesyuarat-mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Kabinet yang terdahulu, laporan Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan laporan-laporan lain daripada agensi-agensi yang berkenaan.

"Ia juga bertujuan untuk mengetahui apa sebenar yang telah berlaku, jumlah kerugian sebenar dan sama ada terdapat salah laku tatacara pentadbiran kewangan serta adanya tindakan pihak tertentu untuk menutup apa yang sebenar berlaku dari pengetahuan rakyat Malaysia selama ini," menurut kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.