16 Februari 2017

Najib Bentong 001.jpg

Infra Rakyat atau projek bertunjangkan kepentingan rakyat dilihat dapa menjana dan memacu pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa panjang menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyifatkan projek-projek tersebut sebagai permulaan, beliau turut menegaskan kerajaan akan terus merancang untuk membangunkan  serta menyediakan lebih banyak Infra Rakyat agar pembangunan yang didukung kerajaan akan membawa kesejahteraan berterusan kepada rakyat.

"Benar, kita berbangga dengan bangunan pencakar langit, litar lumba dan sebagainya, tetapi kesemua pembangunan sebegini tidak memberi impak secara langsung kepada kehidupan rakyat teramai.

"Dalam kata lain tidak benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat. Oleh itu, sejak menjadi perdana menteri, saya telah memastikan pembangunan negara kita mesti bersifat tertumpu kepada kepentingan rakyat teramai,”

Fokus utama kepimpinan Najib Razak untuk mensejahterakan rakyat, selari dengan agenda utama kerajaan Barisan Nasional, telah memacu projek-projek peka rakyat seperti Lebuhraya Pan Borneo, MRT, HSR dan ECRL.

"Kesemua projek Infra Rakyat diperlukan oleh rakyat,

 "ini adalah apa yang diperlukan oleh rakyat, dan inilah yang dilaksanakan kerajaan."