11 Oktober 2017

 Annuar 009.JPG

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyindir penganjur ‘Himpunan Rakyat: Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi’ yang bakal dianjurkan pada hujung minggu ini dengan menyatakan bahawa ia akan menghimpunkan lebih 2.5 juta penyokong Pakatan Harapan. 

“Himpunan Fastaqim 2.0 yang dianjurkan oleh parti PAS berjaya menghimpunkan 150 ribu, saya percaya mereka boleh menghimpunkan lebih 2.5 juta penyokong mereka.

“Ini kerana mereka menang undian popular ‘Popular vote’ dan perhimpunan pula di buat di kawasan mereka paling kuat,” katanya. 

Beliau turut membidas Presiden Amanah Mohamad Sabu yang menyatakan akan mengerahkan kekuatan parti untuk membanjiri Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya. 

“Sudah pasti Mat Sabu ( Presiden Amanah) akan mengerahkan penyokong-penyokong mereka yang berjumlah 5 ratus ribu serta penyokong Khairuddin yang menandatangani kempen anti Najib Razak yang berjumlah 2 juta orang.”