19 Mei 2017

pm181.PNG

Gambar-gambar lokasi dan tempat menarik dalam negara yang dikongsikan oleh para penggiat media sosial dapat mempopularkan serta meningkatkan industry pelancongan tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian dan tambahnya lagi, banyak lokasi dan tempat menarik dalam negara yang masih belum diterokai sepenuhnya, melalui foto-foto daripada para penggiat media sosial, ianya dapat membantu serta meningkatkan pendapatan industri pelancongan tempatan.

Najib berkata para penggiat media sosial boleh mengetengahkan lokasi dan pemandangan menarik tempat-tempat tempatan yang jarang dikunjungi seperti Pantai Tusan di Miri, Pantai Bachok di Kelantan dan banyak lagi melalui laman Instagram.

“Ramai yang komen dan menyangka bahawa foto-foto tersebut diambil di tempat eksotik luar negara seperti New Zealand atau Korea Selatan tetapi mereka terkejut apabila mengetahui ianya adalah di Malaysia.”

Najib berkata demikian didalam catatan di laman blognya http:/www.najibrazak.com, semalam. Beliau mengulas tentang pertemuannya bersama jurugambar, pengiat media sosial dan Instafamous dalam sesi sembang santai di Cartel Coffee Shop, Bangi, kelmarin.