14 November 2017

 71510450149_JambatanJubliEmas.jpg

Jambatan Darul Hana bernilai RM35juta bertempat di Tebingan Sungai Sarawak menjadi tarikan terbaru, menghubungkan kedua-dua Kuching Utara dan Kuching Selatan.

Darul Hana yang membawa maksud suasana damai dan tenang.

Jambatan pejalan kaki berbentuk ‘S’ untuk Sarawak, berukuran 335 meter ini bakal memberi satu lagi laluan pilihan kepada warga Kuching, turut diberi nama Darul Hana yang membawa maksud suasana damai dan tenang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata “perasmian jambatan (Darul Hana) menandakan tercapainya idea pembinaan yang diilhamkan sendiri oleh Abdul Taib.”

Nilai estetik jambatan berkenaan disokong oleh dua kabel setinggi 45 meter dari menara keluli dengan kecondongan 48 darjah merentangi Sungai Sarawak.

Menurut Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud, “Tanpa jambatan ini kecantikan Kuching seakan tidak mencukupi.”

Peniaga, Mohd Rizki Mainaki berkata kewujudan jambatan baru boleh menambahkan pendapatan khususnya peniaga-peniaga di Tebingan Sungai Sarawak.

Menurut pengunjung Tebingan Sungai Sarawak, Barnabas, tarikan mercu tanda terbaru Sarawak itu menjadi kebanggaan buat warga Kuching.

Rennisa berkata “Dengan adanya jambatan ini ia menjadi lebih mudah untuk orang ramai menyeberang, kalau dulu hendak seberang kena naik perahu atau berkereta, jadi sudah lebih senang.”