Aduan Rakyat

Hantar Aduan kepada kami.

Kenali Kami

Mengetahui lebih lanjut mengenai Barisan Nasional.

Fakta

Pelbagai informasi terkini.

Sukarelawan

Sertai perjuangan Barisan Nasional.

Cenderahati

Barangan Barisan Nasional

 

BN mahu kurangkan penghijrahan 200,000 rakyat Kelantan
Tarikh: 
16-7-2012

PASIR PUTEH - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan berusaha mengurangkan penghijrahan keluar lebih 200,000 rakyat dari negeri ini mencari kerja jika diberi peluang memerintah pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jumlah terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain itu tidak boleh dibiarkan berterusan.

"Ia menimbulkan implikasi besar terhadap institusi keluarga dan gejala tidak sihat kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Eksplorasi Khas Himpunan Mahasiswa Kelantan (HIMSAK) di Tok Bali di sini, hari ini.

Lebih 300 mahasiswa pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) dari dalam dan luar negara menyertai eksplorasi itu yang berlangsung selama tiga hari.

Mustapa mengulas tuntutan lima perkara oleh Presiden HIMSAK, Mohd Faizal Daud yang berucap di majlis itu yang mahukan peluang pekerjaan, adanya pembinaan rumah, kebajikan orang tua dijaga, infrastruktur dan usaha  memperkasakan agama Islam diteruskan.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata jika BN diberi peluang memerintah Kelantan, keutamaan akan diberi dalam usaha menarik pelaburan, menyediakan bekalan air bersih, perumahan kos rendah dan prasarana yang lebih baik.

Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat itu semua pihak terutama mahasiswa perlu memberi kerjasama menyakinkan rakyat negeri itu bahawa hanya BN yang mampu mengubah nasib mereka.

Katanya, HIMSAK akan digerakkan ke setiap kawasan Parlimen menerusi program 'destiny' dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

Mustapa berkata mereka akan turun ke akar umbi menemui penduduk kampung memberi penjelasan supaya dapat mengurangkan kekeliruan yang dilemparkan parti pembangkang terhadap dasar-dasar kerajaan pusat. 

Sumber: Sinar Harian Online