11 Oktober 2017
 tsANM.jpeg
 
Perhimpunan Kleptokrasi yang dianjurkan pembangkang sabtu ini merupakan bukti pembangkang tidak faham mengenai undang-undang Kleptokrasi yang diamalkan oleh Amerika Syarikat.
 
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata undang-undang yang digunakan oleh Amerika Syarikat itu merupakan satu undang-undang yang digunakan apabila ada institusi-institusi yang mempunyai dana yang tidak sah menerusi dakwaan-dakwaan sivil di negara itu. 
 
“Jadi pembangkang yang mahu anjurkan perhimpunan atas nama Kleptokrasi  itu mahu ikut konteks  undang-undang yang mana atau mereka mahu guna undang-undang itu di Malaysia soalnya lagi ketika sidang media selepas program diskusi UMNO-Online : anda tanya kami jawab di PWTC hari ini.
 
“Adakah pembangkang mahu mengesyorkan Malaysia mahu menguna pakai undang-undang itu dan membawa perkara berkenaan secara “Private Bil” dalam parlimen dan jika itu dibawa mungkin saya sokong penggunaan undang-undang itu.”
 
Annuar turut menjelaskan kewujudan undang-undang kleptokrasi kerana ia tidak memerlukan ‘burden of proof’. 
 
“Di bawah  undang-undang Kletopkrasi ini, aduan telah cukup untuk tindakan itu dijalankan.”
 
“Apabila ada undang-undang Kleptokrasi seperti di US, kita boleh membekukan aset seperti sebuah rumah di Pulau Pinang yang tidak mempunyai kolam renang.”
 
“Kita boleh membekukan aset seorang  pemimpin yang telah didakwa oleh seorang blogger yang menyatakan dia menerima RM 1Billion.” 
 
Kewujudan undang-undang kleptokrasi ini juga boleh meringankan tugas-tugas yang digalas oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
 
“Undang-undang ini boleh menyenangkan tugas SPRM kerana SPRM perlu mendakwa pesalah ini  di bawah tuduhan jenayah dan sangat sukar untuk SPRM untuk mendakwa seseorang itu di bawah undang-undang jenayah.” katanya. 
 
Jadi tujuan sebenar himpunan itu dijalankan adalah pembangkang mahu terus menggunakan kaedah “ pembunuhan karakter” untuk memburukkan Perdana Menteri katanya.