Aduan Rakyat

Hantar Aduan kepada kami.

Kenali Kami

Mengetahui lebih lanjut mengenai Barisan Nasional.

Fakta

Pelbagai informasi terkini.

Sukarelawan

Sertai perjuangan Barisan Nasional.

Cenderahati

Barangan Barisan Nasional

 

JERIP ANAK SUSIL
Negeri: 
MAMBONG
Parlimen: 
Sarawak
Parti: 
BN - SUPP
Kod Parlimen: 
P198
Kod Dun: 
N16
Nama Dun: 
BENGOH

 

YB Dr. Jerip Anak Susil telah dilahirkan pada tanggal 28 April 1957 di Kuching, Sarawak.  Kini berusia 55 tahun, beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. YB Dr. Jerip Anak Susil telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1985. Pada tahun 2006, beliau telah mengikuti kursus Post Graduate Diploma in Safety and Health di universiti yang sama. Beliau juga adalah Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak.

Banyak kenangan zaman kanak-kanak serta remaja yang menggamit memori Dr. Jerip Anak Susil hingga ke hari ini. Sewaktu kecil, beliau gemar merayau di dalam hutan untuk memburu dan memancing. Hingga ke hari ini beliau gemarkan aktiviti-aktiviti dalam hutan sehinggakan beliau lebih memilih percutian tanah tinggi daripada percutian di tepi laut. Tindakan beliau memasuki universiti untuk mengikuti kursus perubatan tanpa sebarang bantuan kewangan atau biasiswa adalah sesuatu yang beliau anggap sangat berani.

Setiap kali ada kelapangan, Dr. Jerip Anak Susil akan melakukan mana-mana aktiviti yang beliau anggap sebagai hobi beliau. Ini termasuklah berkebun, memburu, memancing, bermain golf, melancong, membaca atau mendengar muzik. Beliau amat meminati muzik country dan bluegrass. Sekiranya berpeluang untuk bercuti selama sebulan, beliau memilih untuk duduk saja di rumah untuk berkebun dan bersenam, di samping dapat meluangkan masa bersama anak-anak beliau. Dr. Jerip Anak Susil menganggap isteri beliau sebagai sahabat beliau yang paling rapat. Pasangan ini sering berkongsi idea dan bertukar pendapat, di samping sering bersama melakukan aktiviti-aktiviti harian.