Aduan Rakyat

Hantar Aduan kepada kami.

Kenali Kami

Mengetahui lebih lanjut mengenai Barisan Nasional.

Fakta

Pelbagai informasi terkini.

Sukarelawan

Sertai perjuangan Barisan Nasional.

Cenderahati

Barangan Barisan Nasional

 

HAZLAND BIN ABG HIPNI
Negeri: 
SANTUBONG
Parlimen: 
Sarawak
Parti: 
BN - PBB
Kod Parlimen: 
P193
Kod Dun: 
N05
Nama Dun: 
DEMAK LAUT

 

YB Dr Hazland Bin Abang Hipni telah dilahirkan pada tanggal 2 April 1965 di Kuching, Sarawak. Kini berusia 47 tahun, beliau telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut ini memegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Setiap kali ada kelapangan, YB Dr Hazland Bin Abang Hipni gemar membaca, bersukan dan berfikir. Beliau memilih bahan-bahan bacaan yang berbentuk ilmiah dalam bidang politik, ekonomi, agama serta perubatan.

Beliau juga tidak mahu ketinggalan dalam era media sosial yang mewarnai dunia hari ini. Beliau kerap mengemaskini akaun-akaun Facebook dan Twitter kendalian beliau, kerana menurut beliau platform media sebegini memudahkan segala paparan aktiviti serta amat bermanfaat bagi diri beliau untuk mengikuti perkembangan semasa, samada berita mahupun pandangan rakyat, terutamanya pengundi-pengundi DUN Demak Laut.