Your Feedback

Send us your feedback

About Us

Know us more

Facts

Latest information

Volunteer

Join us

Souvenir

Find out more about our souvenirs

 

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

 

  1. Apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)?

  • Laporan Awal dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September 2012.
  • PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan sistem pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia
  • Untuk julung kalinya pandangan daripada pihak awam diambil kira dalam penggubalan Pelan Pendidikan melalui 16 Dewan Terbuka di 14 negeri, 20 meja bulat, lebih 200 memorandum - 7000 syor diterima dan ditimbangkan dalam PPPM
  • Dapatan kajian daripada 6 IPTA, UNESCO, World Bank, TIMSS dan PISA digunakan dalam pembangunan PPPM
  • Menggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan yang perlu berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang

 

  1. Apa beza PPPM berbanding Pelan lain yang pernah diperkenalkan dahulu?

  • Fasa diagnostik untuk menentukan baseline sistem pendidikan Negara
  • Public engagement dengan rakyat – input digunakan dalam pembangunan pelan
  • Policy statement, strategic and operations
  • Menggariskan 5 aspirasi sistem untuk menyediakan murid dengan kemahiran abad ke 21 – memastikan murid mencapai 6 aspirasi murid dalam PPPM iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, profisiensi dwibahasa (dan galakan untuk menguasai bahasa lain), kemahiran kepimpinan, identiti nasional, etika dan kerohanian

 

  1. Selepas pelancarannya nanti, apakah inisiatif-inisiatif yang bakal dilakukan oleh kerajaan untuk menjalankan polisi-polisi yang terkandung dalam plan ini?

  • Membentuk 1Agenda Kementerian – 100 inisiatif dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam Tiga Gelombang sehingga 2025.
  • 25 inisiatif utama telah dikenal pasti dan 13 inisiatif disasarkan untuk dicapai pada hujung tahun ini.
  • Kementerian Pendidikan sangat beriltizam untuk memastikan usaha atau inisiatif ini dilaksanakan dan menepati sasaran yang ditetapkan.
  • 6 inisiatif telah disasarkan untuk dicapai dalam masa 100 hari dan Alhamdulillah telah dapat dilaksanakan dan diumumkan oleh YAB TPM pada 10 April 2013 di SMK Jalan 4 Bangi, Bandar Baru Bangi.
  • Pada hujung tahun ini Kementerian mensasarkan 7 lagi inisiatif yang sedang giat diusahakan termasuk mencapai 100% literasi (BM) dan numerasi bagi Tahun 3; 1,608 sekolah yang memerlukan pembaikan kritikal dibaiki.

 

  1. Mengapa Kementerian Pendidikan mengumumkan pencapaian 100-hari PPPM?

  • Menunjukkan komitmen dan iltizam Kementerian dalam melaksanakan PPPM.  Kajian menunjukkan dalam mana-mana usaha reformasi pendidikan, jangkamasa 100 hari merupakan indikator penting sama ada sesuatu perancangan berjaya atau gagal.
  • Transformasi pendidikan ini adalah legasi negara yang bukan sahaja melibatkan 5.5 juta pelajar hari ini tetapi juga seluruh anak bangsa pada masa akan datang.  Kita perlu memastikan bahawa segala perencanaan ini tidak akan gagal di pertengahan jalan.
  • Selepas pelibatan awam yang intensif pada peringkat PPPM dibangunkan dan selepas PPPM dilancarkan, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui pencapaian Kementerian, selaras dengan Anjakan ke 11 untuk meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.

 

  1. Apa inisiatif PPPM yang telah dan sedang dijalankan oleh Kementerian sekarang?

  • Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat 25 inisiatif utama yang telah dikenal pasti untuk digerakkan daripada peringkat awal lagi bagi mencapai outcome yang dihasratkan, terutama dalam bidang-bidang kritikal.
  • Bagi meningkatkan keberhasilan murid, Kementerian percaya bahawa usaha secara bersepadu dari pada semua pihak adalah penting.  Sebagai contoh, Kementerian melalui Anjakan 9 iaitu Bekerjasama dengan Ibubapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara meluas telah pun melancarkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah pada 24 Februari 2013 dalam usaha membentuk satu ekosistem pembelajaran di kawasan masing-masing.
  • Inisiatif ini bermula dengan perkara yang mudah, contohnya di SK Presint 14 (1) Putrajaya, PIBG mengorak langkah untuk menjaga trafik di sana.  Di sekolah tersebut ibu bapa juga membantu melukis mural dan keceriaan kelas. (MHI TV3 ada video di sekolah tersebut yang boleh ditayangkan)
  • Di SMK Tuanku Jaafar Senawang juga, kelas semakin cantik dengan kemas berkat sokongan ibu bapa, dan apabila murid mula menjaga kebersihan kelas, lama kelamaan ia menjadi satu budaya kepada murid tersebut dan sekolah menjadi tempat yang sangat kondusif kepada proses pembelajaran.
  • Kementerian juga berusaha untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan kepada sekolah.  Justeru, Kementerian berusaha untuk mengupayakan JPN, PPD dan pemimpin sekolah untuk mengubah paradigma dan melihat diri mereka bukan hanya sebagai pengoperasi sesuatu dasar Kementerian tetapi sebagai pemikir dan penggerak kepada transformasi itu sendiri.
  • Di  bawah  Anjakan  6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini, Kementerian akan mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh PPD disemua negeri menjelang 2014 dan memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak.

 

  1. Apakah inisiatif Kerajaan bagi menentukan bahawa Guru dapat fokus dalam menjalankan tugas sebenar mereka iaitu mendidik?

  • Kementerian sedar bahawa tugas pentadbiran berlebihan mengambil masa urusan teras guru dalam pengajaran dan pembelajaran,serta mengurangkan keberkesanan pengajaran mereka. Oleh itu, Kementerian akan mengambil dua tindakan utama dalam Gelombang 1 bagi mengurangkan beban tugas yang keterlaluan.
    • Pertama, Kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan pengumpulan data sedia ada bagi menghapuskan pertindanan permintaan data. Tiga pangkalan data telah disasarkan untuk proses penyeragaman awal: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan untuk menggabungkan keputusan murid dari pada peperiksaan semester berasaskan sekolah; Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang digunakan untuk memantau keputusan PBS dan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang mengandungi data murid. Perubahan ini seharusnya menghapuskan permohonan berulang bagi data yang sama dan memudahkan proses memasukkan data baharu ke dalam sistem. Kementerian juga akan mengkaji semula keperluan menyediakan pendokumentasian dan laporan terkini (sebagai contoh, keperluan untuk pensijilan ISO) bagi mengenal pasti bidang untuk diseragamkan.
    • Kedua, Kementerian akan mengenal pasti kaedah bagi mengatasi isu kesesakan di sekolah yang mempunyai purata saiz kelas melebihi 35 murid. Kaedah yang dicadangkan termasuk pembinaan bilik darjah tambahan, penempatan semula guru tambahan, dan/atau mengetatkan penguatkuasaan kuota enrolmen. Walaubagaimanapun, Kementerian tidak akan mengurangkan bilangan murid bagi setiap kelas daripada 35 orang kerana terdapat bukti kajian antarabangsa yang menunjukkan saiz kelas bukan faktor penyumbang utama kepada pencapaian murid, berbanding kualiti guru. Kementerian sedang membuat penelitian untuk menyediakan setiap sekolah dengan sekurang-kurangnya satu pegawai pentadbiran. Rintis sedang dilaksanakan  di Melaka dan jika didapati berjaya, ia akan diperluaskan keseluruh negara.


Video:

Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Muat Turun Dokumen:

Dokumen PPPM (BM)
Dokumen PPPM (BI)