19 June 2017

fgv.png

Episod di dalam pentadbiran tertinggi Felda Global Ventures (FGV)  berakhir apabila Tan Sri Isa Samad melepaskan jawatannya secara rela hati  dan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik menjadi pemangku pengerusi Baharu Syarikat berkenaan.

Menurut Perdana Menteri yang ditemui selepas satu majlis di Putrajaya berkata Tan Sri isa melepaskan jawatannya secara rela hati sewaktu pertemuan dengannya di Bangunan Perdana Putra pagi tadi yang turut disertai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala. 

"Tan Sri Isa rela hati lepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV, tempatnya akan diganti Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV yang baharu berkuat kuasa serta merta. 

"Bagi menghargai peranan Tan Sri Isa dalam FGV, kita setuju lantik beliau sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa serta merta," tambahnya lagi. 

Selain itu Perdana Menteri berkata, tindakan dalaman juga akan diambil untuk menentukan proses keadilan terhadap apa yang berlaku terhadap Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad dan tiga yang lain sebelum ini. 

"Lembaga Pengarah FGV juga akan membuat keputusan yang mencerminkan hasrat kerajaan untuk meletakkan FGV lebih kukuh pada masa depan," katanya